Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat

Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat

Hadis-Hadis Terpilih

PHOTOGRAPHY

WEDDING PHOTOGRAPHY
EVENTS PHOTOGRAPHY
FAMILY PHOTOGRPAHY
POTRAITS PHOTOGRAPHY
NATURES PHOTOGRAPHY


MOHD NAZMIE
019-9319889
ir_nazmie@yahoo.com

Please visit : http://cikgumiestudio.blogspot.com

How Do You Find My Blog ?

Tuesday, November 2, 2010

Trip to Sabak Bernam

Last weekend, I spent my holiday in Sabak Bernam with my Mahaguru,Cikgu Nasir. We were visiting his friend,Cikgu Amiruddin,who is a Head Of Department in Industrial Department,Sultan Idris Polytechnic. He is a very kind and flexible man.

Depart from KB at 4.30 pm on Thursday, and reached Sabak Bernam at 2.00am on Friday. What a long and tired journey. But, I was very happy that I can accompanied my Sifu. We stayed at Guest Room.

Friday,7.40 am,Cikgu Nasir & I went to Cikgu Amir's office. He showed us varieties of Kayu Kemuning and others which have a great market value. Then, we talked about Serow. Serow is a goat-antelope which has medication value.

Around 11.30, we moved to Teluk Intan to meet a guy,who is an expert in making knives.Mr Tan his name.Ex-Science teacher.He taught us how to recognise good steel to make knives.One of the steel is L6 a.k.a Low Alloy steel.Almost the whole day we were there.


Thereafter,at 8.00pm,we back again to Sabak Bernam to meet one old and knowledgeable man,name is Pak Su. He is from Satun Sultanate and also,never expect that he is my relative.Pak su taught us about to make traditional medicine using wood mixture also called 'akar 'kayu'. Pak Su,he was the one who boiled Cikgu Amir serow's head to make antidote.
Cikgu Nasir & I were the new nephews of Pak Su.


I felt so glad to join my master in this valuable trip.I wish my master ask me again to follow him,wherever he wants to go to seek the secret of Allah knowledge.

Thank you so much Cikgu,I gained lots of benefits from this trip.Also thanks to Cikgu Amir,Mr Tan & Pak Su for the precious time and knowledge.

Posting

Alhamdulillah,aku telah pun posting di SMK Sri Gunung..

Sunday, August 22, 2010

Tiap kali...

Tiap kali Tok Guruku menegur, aku rasa aku yang bersalah.
Tiap kali Tok Guruku menasihati, aku rasa akulah yang patut mendengar.

Tiap kali Tok Guruku berpesan, aku rasa pesanan itu adalah untukku.
Tiap kali Tok Guruku marah, aku rasa aku lah yang dimarahinya.

Tiap kali Tok Guruku ketawa, aku rasa aku yang ditertawakan kerana kebodohanku.
Tiap kali Tok Guruku menjeling, aku lah yang buat sesuatu yang tidak kene dengan ajarannya.

Tiap kali Tok Guruku diam, aku keliru kerana mungkin aku akan di marahi atau di nasihati.
Tiap kali Tok Guruku buka pintu rumah,aku takut samada di jemput atau di halau.

Tiap kali sesuatu terjadi pada Tok Guruku, aku sangat2 takut jikalau Tok Guruku akan berangkat jauh.

Namun,aku tidak akan putus asa,tidak akan gentar dan tidak akan kecewa kerna ku tahu semua yang Tok Guruku lakukan,adalah untuk mengajar ku erti seorang penuntut ilmu.

Hanya Aku & Dia...

Hanya aku & Dia yang tahu betapa aku jauh dengan Nya.
Hanya aku & Dia yang tahu betapa dekat aku dengan Nya.

Hanya aku & Dia yang tahu betapa kuat batinku padaNya.
Hanya aku & Dia yang tahu betapa lemah imanku padaNya.

Hanya aku & Dia yang tahu betapa banyak maksiatku terhadapNya.
Hanya aku & Dia yang tahu betapa teguh peganganku terhadapNya.

Hanya aku & Dia yang tahu segalanya tentang diriku.
Hanya aku & Dia yang tahu isi hatiku.

Hanya aku & Dia.
Hanya Aku.
Hanya Dia.



Hanya Dia....Dia..Dia..

Wednesday, August 18, 2010

Monday, July 26, 2010

Bezanya deh..Ambo tolong oyak.

Ore Berilmu, dio duk die2..Tok caro kokre..Ngisah diri.

Ore Tok Berilmu, dio kijoe duk caro hal ore. Nk mapuh ore. Nk ngato kokre. Dio sore jah panda.

A.K.A senok otok..Palo otok sumbak...

Itulah beza, ore berilmu dgn tok berilmu.

Kato biso, cari dale Quran la.Tny bkpo ore doh kito biso.

Susoh weh..

Ore loni mugo panda2 belako...
Kijoe nk uji ore jah...

Biarla...Mugo dia makhluk Tuhe jgk..Tuhe ata kito...Tuhe wat dia "khusus" untuk nyusoh kokre dan Tuhe tetap doh dia duk 'patak' nerako...

Mari la sobak2 ambo, kita pakat tok soh wat caro ko makhluk nih!

Humm....

BAGAI ANJING DENGAN BAYANG-BAYANG.....

Tuesday, July 13, 2010

Sembang Sahabat...

Sahabat ku penah bercerita yang dia penah pergi kursus yang di anjurkan oleh badan ugama negeri Kelantan. Dalam ceramah nya, ustaz itu menerangkan perkara-perkara berikut adalah sesat lagi menyesatkan....

1.Martabat Tujuh
2. Ana Al-Haq
3.Ilmu Batin
4.Ilmu Zahir

Lalu di akhir ceramah itu, sahabat ku bertanya kepada ustaz tu..." Ustaz, kenapa kita minta maaf ZAHIR & BATIN?"...

Hu...Hu...Hu....

Hikmah Flight Delayed...

Flight aku lebih 2 jam delayed..Kesian pak cik2 dan mak cik2...sampai terhangguk menunggu flight..Yang bawa anak kecil, si anak dah lentok di bahu ibu. Flight pada awalnya jam 8.30 namun pada 10.50 baru naik flight.

Best Low Cost Service...Slogannya..Tapi..Itulah hakikatnya.

Mujur baik bertemu dgn rakan masa sekolah Maher dulu, Aku form 5, dia form 6,Abid namanya. Selepas kami masuk check-in, duduk di gate 12. Jam 10 mlm tu, hanya passenggers to KB je ada lg..LCCT da xda org nk fly..Haha...Nakal2..

Susunan Allah taala,kami terserempak dengan seorang abang yang juga seorang guru. Sibuk bersembang, lalu terkeluar dri mulutnya tentang hakikat ketuhanan. Dia mengingatkan agar kerja buat kita,mitok tolong org tu, tugas kita, namun hakikat menghadap sebenar padaNya. Dia suruh juga kami belajar sifat 20,biar kemas pegangan kita. Allah mahukan kami belajar lagi, perkemas lg, jge duk kecek sajo."Gian" kami doh male tu..Thank you Allah...

Kata2 nya yang aku masih igt lagi ialah..

Igt apa Rasul s.a.w bersabda....

Syariat : Ceritaku
Tariqat : Jalanku
Hakikat : Tempat dudukku
Makrifat : Segala perbuatanku

Monday, July 5, 2010

Ragam Sebelum Posting..Haishh..

Sibuk sekarang para pelajar DPLI bertanyakan 'posting' mereka. Ada sampai yang marah2 akan KPM kerana sengaja melambatkan penempatan. Ada juga yang kata KPM tak fikir bagi mereka yang da berkahwin nk bayar kereta lagi,bayar sewa rumah lagi,susu dan lampin anak, bayar itu, bayar ini. Macam2..Lepas dapat posting nanti complain gaji dapat lambat la,elaun xdpt la..Lagi byk kerenah. Ini ke sikap guru yang pentingkan wang ringgit dahulu semata2. Bukan salah,tapi biar bertempat.

Sepatutnya kita fikir di mana yang kita akan di tempatkan, mcm mana nk mengajar kalau pelajar di pedalaman, fikirkan cara yang terbaik. Biarlah berbaloi dan setimpal dengan gaji yang kita terima beribu2 sebulan. Kalu perlu 'ejas' posting, ejaslah. Bukan bergaduh marah kan KPM. Tak cerdik namanya.

Ada juga yang membandingkan poket 'tebal' dan poket 'nipis'. Itu bukan soalnya, rezeki Allah melimpah2 di muka bumi, carila. Atau kita malu, kita yang ada degree, master nk jual ayam, nk jual burger pasal malam, malas nk cari duit, mkn ape yang ada. Inilah sikap MELAYU. Berpuas hati dengan apa yang ada. Kita kene usaha untuk dunia,dan untuk akhirat.

Buka masalah KPM nk fikir masalah kewangan kita, kita nk byr itu byr ini. Cuba fikir rasional banyak2 kepada yang bakal bergelar guru. Sebab itulah budak sekarang kurang ajar, guru kurang ajar dengan majikan. Belum kerja lagi dah marah2 majikan.

Soal kita bangkang atau tak setuju, itu lain hal.Ada juga apa yang majikan kita buat tak betul.Kita bangkang. Jadi sama2 lah kita ubah sikap, demi anak2 didik kita.Soal duit @ wang no 2. Utamakan kan tugas hakiki kita. Bereskan tugas kita dengan sempurna, bkn cincai2, barulah kita tuntut hak kita. Duit ke, elaun atau ape sahaja.

Guru aku pernah kata, kalau kita buat kerja dengan ikhlas kerana Allah, maka upahnya akan dtg sendiri.

Saturday, June 19, 2010

Sekitar Kursus Cindai Gayong Bachok





























Permainan Cindai

Permainan cindai merupakan permainan peringkat tinggi dalam Gayong atau mungkin yang tertinggi. Jika kita lihat orang-orang dahulu yang berselendang atau kain pelekat/sarung sering menggunakannya sebagai permainan cindai. Tujuannya hanya satu,mempertahankan diri.

Permainan cindai juga adalah sulit dan hanya diajar tempat tertutup oleh guru-guru Gayong. Gayong Bachok telah menjemput Pak Ngah Izahar dari Batu Kurau yang juga Guru Latih Tertinggi PSSGM untuk melatih anak-anak Gayong Bachok di bawah bimbingan Cikgu Nasir & Cikgu Muzairi. Alhamdulillah, berjalan lancar.

Terima Kasih Pak Ngah,sekelumit ilmu tidak padan dengan harta dan wang ringit.

P/s:Cikgu Nasir,kalu ada salah statement tolong betulkan anakanda.

Sunday, June 13, 2010

Saturday, June 12, 2010

Suatu Petang Di KLCC























































Thursday, June 10, 2010

Pegangan..

Sememangnya hidup ini merupak "Tok Guru" paling besar dalam hidup. Bagaimana seharian kita berdepan dgn pelbagai ragam makhluk samada nyata atau maya. Tapi apa yang pasti kita perlu "kaba" dalam setiap tindak tanduk kita. Itulah pesanan guru ku,Cikgu Nasir. Biarlah apa orang nk kata..Falsafah Akan Tinggal Falsafah, Pendapat Ada Betul & Salah, Kene Terima Apa Saja....Biarlah kita sahaja yang hadapi..susah senang kita dengan Tuhan.

Ada sahabat bertanya SIAPA TUHAN YANG KAMU SEMBAH, SIAPA NABI KAMU, SIAPA GURU KAMU..Aku baru terfikir..Aku xpenah belajar pun...Terima kasih di atas peringatan.

Hanya Jauhari Mengenal Maknikam...

Bila Posting....?

Takut juga menunggu result posting..Takut kene pg jauh..Tapi, di mana pun aku di tempatkan, aku akan tetap mengajar kerja itu sudah menjadi KERJA AKU.

Thursday, April 29, 2010

Alta La Vista....

Hari terakhir ku...

GALA Ko-Kurikulum 2010







Pada tanggal 3 april, Program GALA Ko-Kurikulum telah berlangsung di Pusat KO, Tangok yang di rasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri. 2 pasukan silat telah membuat persembahan iaitu Pasukan tempur dan Pasukan Seni Tari.
Martabatkan Seni bela Diri Melayu.

Sunday, April 25, 2010

Hari-hari Terakhir..

Seminggu Lagi...Pada Mu Jua..Tertuju Segala Jalan...

Monday, April 19, 2010

Big Discussion....

Hari ini, masuk bilik bos.
Alhamdulillah.Selesai, bagi aku.bagi orang lain aku xtau..

Yang mengatur perjumapaan aku itu, tidak hadir pun semasa aku dan prof aku berbincang dengan bos. Kalu betul aku salah, mari bersemuka..

Bagi tahu aku apa yang engkau tak puas hati..Kerna aku juga ada tak puas hati dengan engkau.

Kalu engkau tak cari aku,,,,Aku akan cari engkau....

Siapkan perahu engkau sebelum bah..

Sunday, April 18, 2010

Berlapik..

Patutkah seorang yang baru bertatih belajar 'mengenal' atau menadah 'kitab' boleh menegur gurunya sehingga guru tersebut kecil hati dan berduka sangat2?

Dan bolehkah guru tadi pula sumpah seranah sehingga menyatakan 'celaka' kepada murid tersebut pabila murid tersebut meminta maaf kepadanya?

Wednesday, April 14, 2010

Haqqul Yaqin

Betulkah perjalanan yang kita lalu ini?
Pernah sesiapa memberitahu kita yang jalan kita lalui ini benar?

Tuesday, April 13, 2010

Lagi 2 minggu dar.....

Pejam celik pejam celik, tinggal 2 minggu lagi aku di sekolah ni. Sekolah yang penuh dengan konspirasi, misteri dan tak mahu berevolusi. Pelbagai karenah dan ragam manusia yang bergelar 'guru' atau 'ustaz' atau 'ustazah' dapat aku lihat.

ADA YANG MULUT TEMPAYAN
ADA YANG MULUT JAHAT
ADA YANG MULUT MURAI
ADA YANG MULUTNYA TAK LEKANG DARI MEMBUAT FITNAH DAN TOHMAHAN
ADA YANG MULUT SUKA MELAGA-LAGAKAN ORANG
ADA YANG KAKI BODEK BERPANGKAT PENGAPU
ADA YANG SUKA MAKI HAMUN SERTA MENCERCA ORAN
ADA YANG GEMAR SEHINGGAKAN MENJADI SATU TUGAS UTAMA MENJAGA 'DALAM KAIN ORANG'
ADA YANG DIAM TAPI 'MAKAN DALAM'

Pendek kata, macam-macam manusia aku temui. Segalanya merupakan ilmu dan pengalaman yang harus aku timba untuk aku tempuhi lebih kurang 34 tahun lagi sebagai Guru. Tuhan tu Esa, tidak berbilang-bilang. Akan ada hari untuk 'gian' kita pula. Dia kan cukup terkenal dengan keadilanNya.

Biarlah oprang nak buat apa pun, janji aku selesaikan tugas aku, rph aku dan segala yang bersangkut paut dengan aku.

Perdana Resort





























Tuesday, February 9, 2010

Berbalah dengan diri...

Solat,puasa dan zakat merupakan antara tugas dan tanggungjawab kita untuk menunaikannya. bila kita sebut tugas, dalam bahasa Kelate disebut "khijo", maka kenalah kita buat dan kita kene 'caro' biar ianya suci dan di terimaNya. Namun, akhir zaman ini, makin banyak 'khijo' ,manusia yang Allah tidak pernah perintahkan tetapi mereja sangat rajin dan tekun melaksanakannya.

Tugas ini kadangkala dibuat secara berkumpulan kerana berjamaah itu pahala besar. Mereka bersama-sama memikirkan apa yang perlu di buat,apa yang hendak dikata dan apa yang hendak dibincangkan.

Tapi, manusia-manusia 'kafir' ini melakukan kerja yang Allah laknat. Antaranya, mengumpat, bersangka buruk, dengki, riak, sumu'ah dan mengeji. Allah tidak pernah sekalipun menyuruh Nabi s.a.w menegaskan umat manusia untuk melaksanakan tugas ini. Tetapi degilnya manusia yang berasa mereka hebat, telah derhaka kepada Allah. Mereka tidak yakin adanya API NERAKA. Bila di tanya mulut, memang mereka kata yakin, tetapi percakapan tidak di ambil kira, bahkan perbuatanlah yang Allah hisab.

Tidak kira jabatan,institrusi atau pun sektor, tugas ini masih dipikul sempurna oleh pelaksanan tegarnya. aku sebagai guru juga, tidak lepas dari terkena tohmahan dan fitnah petugas-petugas ini. Bertaraf guru @ cikgu @ ustazah @ ustaz, berpakaian menutup aurat, namun adakah itu dipandang Allah???

Apalah guna jika kita hanya panggilan sebegitu namun hakikatnya kita kafir di sisi Allah. Suka mengumpat hal orang, dengki, tidak boleh tengok orang lain senang @ lebih. Apakah yang diumpat itu minta 'pitih' dengan kita???

Orang-orang sebegini sebenarnya berbalah dengan diri sendiri. Diri yang BODOH. Orang tidak kisah apa pun, tapi dia tidak senang duduk dengan orang lain. Bukankah bodoh namanya. Semakin tua, sepatutnya semakin ingat nak mati, tapi semakin kuat perangai laknatullah.

Sekali turun memang sakit hati dan nak marah, tapi turun kali kedua sebenarnya amat lucu dan kelakar melihat manusia bodoh yang berbalah dengan diri sendiri.Ibarat meludah ke langit.

Aku mari sini bukan lama, 3 bulan sahaja. 2 minggu je baru, orang da benci. Aku tak mitak pom mari sini.tapi, biarlah.....

Sifat Guru...

Apakah sfat seorang guru yang suka berdengki??
apakah sifat seorang guru suka mengumpat??
Apakah sifat seorang guru tidak boleh tengok orang lain lebih dari dia lalu mengumpat dan membuat fitnah??
Apakah sifat seorang guru suka sumpah seranah anak didik??
Apakah masih mulia 'title' guru jika bersikap prasangka buruk??
Apakah professional seorang guru minta diganti kelasnya walhal dia duduk bersahaja dalam bilik guru dan mengumpat??

Bukankah buat dengan tak tahu dalam "Kitab Perukunan" boleh batal syahadah.


Bila batal syahadah maka bukan Islam..

Maka, bukan Islam itu.....

KAFIR!!!!!!!

Saturday, February 6, 2010

Latihan Mengajar Bermula

Tanggal 31 Jan 2010, aku mendaftarkan diri di SMK Kubang Kerian bersama 4 orang rakan yang lain. Latihan mengajar ini akan mengambil masa 3 bulan. Aku hanya mengajar 10 masa(period). Sepatutnya 15 tetapi aku minta 10 ajer.Huhuhu.

Aku mengajar 2 kelas tingkatan 4.Selama seminggu kami hanya duduk "lilah lilah' kerana tiada jadual. Alhamdulillah, telah dapat. Minggu depan telah bermulanya sukantara dan aku merupakan hakim Lontar Peluru. Sesuai ke??

Jarak sekolah dari rumah aku hanya 10.7 km kira-kira 10 minit. Namun,kerana sekolah ini terletak di jalan persekutuan, aku terpaksa juga turun awal untuk mengelakkan kesesakan.

I-Allah, aku akan habiskan dengan jayanya.

Cuma kemusykilan aku, cuti sekolah terpaksa juga aku ganti untuk praktikal.Bukannya cuti peribadi. Kalau sekolah cuti 2 minggu, maka aku kene ganti 2 minggu la.

Entahla...tak penah di buat orang.

Saturday, January 2, 2010