Lagi 2 minggu dar.....
Pejam celik pejam celik, tinggal 2 minggu lagi aku di sekolah ni. Sekolah yang penuh dengan konspirasi, misteri dan tak mahu berevolusi. Pelbagai karenah dan ragam manusia yang bergelar 'guru' atau 'ustaz' atau 'ustazah' dapat aku lihat.
ADA YANG MULUT TEMPAYAN
ADA YANG MULUT JAHAT
ADA YANG MULUT MURAI
ADA YANG MULUTNYA TAK LEKANG DARI MEMBUAT FITNAH DAN TOHMAHAN
ADA YANG MULUT SUKA MELAGA-LAGAKAN ORANG
ADA YANG KAKI BODEK BERPANGKAT PENGAPU
ADA YANG SUKA MAKI HAMUN SERTA MENCERCA ORAN
ADA YANG GEMAR SEHINGGAKAN MENJADI SATU TUGAS UTAMA MENJAGA 'DALAM KAIN ORANG'
ADA YANG DIAM TAPI 'MAKAN DALAM'
Pendek kata, macam-macam manusia aku temui. Segalanya merupakan ilmu dan pengalaman yang harus aku timba untuk aku tempuhi lebih kurang 34 tahun lagi sebagai Guru. Tuhan tu Esa, tidak berbilang-bilang. Akan ada hari untuk 'gian' kita pula. Dia kan cukup terkenal dengan keadilanNya.
Biarlah oprang nak buat apa pun, janji aku selesaikan tugas aku, rph aku dan segala yang bersangkut paut dengan aku.
No comments:
Post a Comment