Latihan Mengajar Bermula
Tanggal 31 Jan 2010, aku mendaftarkan diri di SMK Kubang Kerian bersama 4 orang rakan yang lain. Latihan mengajar ini akan mengambil masa 3 bulan. Aku hanya mengajar 10 masa(period). Sepatutnya 15 tetapi aku minta 10 ajer.Huhuhu.
Aku mengajar 2 kelas tingkatan 4.Selama seminggu kami hanya duduk "lilah lilah' kerana tiada jadual. Alhamdulillah, telah dapat. Minggu depan telah bermulanya sukantara dan aku merupakan hakim Lontar Peluru. Sesuai ke??
Jarak sekolah dari rumah aku hanya 10.7 km kira-kira 10 minit. Namun,kerana sekolah ini terletak di jalan persekutuan, aku terpaksa juga turun awal untuk mengelakkan kesesakan.
I-Allah, aku akan habiskan dengan jayanya.
Cuma kemusykilan aku, cuti sekolah terpaksa juga aku ganti untuk praktikal.Bukannya cuti peribadi. Kalau sekolah cuti 2 minggu, maka aku kene ganti 2 minggu la.
Entahla...tak penah di buat orang.
No comments:
Post a Comment