How Do You Find My Blog ?
Wednesday, March 5, 2008
Pengalaman Bersama Pakar Keris
Pada cuti semester yang lalu, aku dan tok guruku,Cikgu Nasir telah pergi bertemu dengan pandai besi di pasir mas. Sehubungan itu juga(ayat skema), kami membantu En,Mat Nor dari UPSI untuk mencari maklumat tentang kajian yang beliau jalankan mengenai keris.. Pada jam 8.00 pagi, 7 feb 2008, aku terpacak didepan rumah tok guruku untuk ke pasir mas. kami tiba di perkarangan masjid pasir mas lebih kurang pada pukul 9 pg. sebentar kemudian, cikgu zul tiba dan diikuti oleh En.Mat Nor sekeluarga. kami meneruskan pula perjalanan kerumah Cikgu Arjunaidi. Cikgu Arjunaidi juga antara salah seorang rujukanku berkenaan keris selain tok guruku dalam tesis ku iaitu Ensiklopedia Multimedia Rahsia Keris.
Setibanya dirumah cikgu arjunaidi, kami berbual sakan pasal keris. aku ditunjukkan koleksi-koleksi keris yang ada dan diajarnya aku bagaimana untuk mengetahui samada sebilah keris itu keris lama atau keris baru. pengalaman ini tidak pernah aku alami. aku menjadi semakin bersemangat untuk menyiapkan tesis aku. selepas makan besi, makan batu pula.
Kemudiannya, kami bertolak ke Perakap,Pasir Mas. setibanya disana, aku teruja dapat melihat dapur tukang besi dan tempat membuat sarung yang bersebelahan. malangnya, tiada aktiviti penempaan dibuat. banyak tempahan yang sedang disiapkan.aku sempat mengambil photo cara2 sarung keris dibuat untuk dijadikan bukti dalam tesisku nanti. kemudian, kami bertolak ke Manir yang terletak lebih kurang 7 Km dari Perakap tadi.
Tibanya disana, seorang tukang besi yang diitiraf olek Kraftangan dengan gelaran pandai besi sedang membuat kerja-kerjanya. Pak Lah, itulah tubuh nama badan bergelar. aku kagum dengan Pak Lah kerana beliau masih membuat kerja pertukangan sedangkan tangan beliau berjahit akibat terkena mata canai. kami sempat bergambar untuk kenang-kenangan. kemudiannya.....makan....En. Mat Nor belanja..apa lagi..serangggggg..
Pengalaman hari itu terlalu indah kerana aku yang tidak ada pengalaman tentang keris duduk semeja dengan pakar-pakar keris. Terima kasih Cikgu Nasir kerana banyak membimbingku dalam ilmu perkerisan ini.
Posted by Sang Pencinta at 4:09 PM 0 comments
Assalamualaikum...
Maaf kepada sahabat2 yang menanti blog ini untuk diupdate. internet network di UKM terlalu slow sampai nk login pun makan masa 1/2 jam..leloh la..kepada Cikgu Nasir,mie update doh ni..huhuu..
Posted by Sang Pencinta at 4:07 PM 0 comments