Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat

Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat

Hadis-Hadis Terpilih

PHOTOGRAPHY

WEDDING PHOTOGRAPHY
EVENTS PHOTOGRAPHY
FAMILY PHOTOGRPAHY
POTRAITS PHOTOGRAPHY
NATURES PHOTOGRAPHY


MOHD NAZMIE
019-9319889
ir_nazmie@yahoo.com

Please visit : http://cikgumiestudio.blogspot.com

How Do You Find My Blog ?

Sunday, September 14, 2008

Malam 15..

Kini telah malam ke 15 kita bertarawih. Alhamdulillah, kita pohon supaya sempurna hendaknya tarawih kita itu di samping kita berbicara soal sah atau batalnya. Malam ini juga bermulalah qunut bagi witir. Buatlah sekadar kemampuan kita. Nabi bersabda yang bermaksud buatlah amal sekadar dengan kemampuan mu. Walaupun sedikit, namun itu lebih utama jika kita maintain atau istiqomah berbanding terkejar-kejar untuk menunaikan yang lebih banyak tetapi sia-sia sahaja.

Buatlah cara kita, tak perlu kisah orang punya. Kita cara kita,dia cara dia. Hanya kita tahu akan amal kita sehingga kita berasa tiada amal yang kita lakukan,itulah yang utama. Namun segalanya bermula dengan ilmu, tauhid, feqah dan tasauf.

Mula-mula kita berbicara tentang Tauhid,Islam atau kafir. Kemudian tentang feqah, sah atau tidak dan akhirnya tasauf, sempurna atau tidak. Ketiganya penting dalam menuju kesempurnaan amal dan sehingga berasa tiada amal, tiada haram halal, tiada dosa pahala dan sehingga tidak penting lagi syurga atau neraka.

Dan ketiga-tiga ini diakhiri dengan KEIKHLASAN.

Wallahua'lam.

Ini hanyalah nukilan biasa, bertanyalah kepada yang arif.

Aku.Aku.Aku.Aku

Aku teringat title blog Tok Guru ku yang mengatakan.."Tanya Mengapa Aku". Sebelum ini aku pernah menanyakan persoalan yang sama kepada diriku dan kini telah di kuatkan lagi oleh nukilan Tok Guru ku itu. Mungkin juga kebetulan but there are no accidents!!

Persoalannya kini ialah siapa Aku??

Aku..Aku..Aku..Aku..

SAHABAT YANG BERKATA 'AKU'

Seorang hamba Allah pergi ke rumah sahabat lalu mengetuk pintu. Rakannya berkata; "Siapa di luar sana?" Dia menjawab; "Aku".

Lalu berkatalah sahabatnya, "Pergi kau dari sini!!!!!!!. Di tempatku ini tidak ada ruang bagi mereka yang masih mentah(dalam bidang Tauhid, Mengenal Diri dan Mengenal Allah).
Hamba Allah itu pun pergi dari situ dengan hati yang duka.

Setahun kemudian dia datang lagi. Beliau mengetuk pintu rumah sahabatnya dengan hati yang berdebar-debar.

"Siapa itu?" kata sahabatnya.

Dia menjawab dengan berhati-hati sekali. "Engkau, wahai tuan yang mengenal diri!" kata hamba Allah itu.

Sahut rakannya,

"Oleh kerana engkau sekarang aku, masuklah; tidak ada tempat bagi dua "AKU" di rumah ini. Hujung dua benang tidak dapat masuk dalam satu lubang jarum. Oleh kerana engkau SATU, masuklah ke lubang jarum itu".

Intaha Jalaluddin Rumi

Di rumah ini hanya ada Aku. Hanya Aku sahaja yang boleh dimasuki. Cuma Aku sahaja yang diktibarkan; cuma Aku sahaja yang dimaklumkan. Tidak ada Aku melainkan Aku. Demikian jua, Tidak ada Engkau Melainkan Engkau. Di dalam rumah Keesaan ini tidak ada ruang untuk berbilang-bilang sebagaimana yang anda sangkakan. Di sini Aku hanya sedar akan wujudnya Aku sahaja. Aku hanya sembah Yang Esa itu. Aku bukannya penyembah bentuk kerana kepada penyembah bentuk, mereka sentiasa nampak dua.

Keluarlah dari bidang kesedaran bentuk kerana apabila anda keluar dari bidang kesedaran bentuk, anda akan nampak Satu. Sementara anda lihat bentuk sahaja, anda nampak dua. Janganlah tengok mata, tengoklah sinaran dari mata itu.

Fahamilah.........dalam bidang keruhanian, tidak ada pemisahan, tidak ada bilangan, tidak ada individu. Alangkah seronoknya kesatuan sahabat dengan SahabatNya. Tangkaplah keruhanian itu dan peluklah ia. Hancurkan segala bentuk hingga binasa. Galilah harta yang bernama Keesaan itu.


Bagaimanakah yang sedang bermain-main bisa memahami ini?
Bagaimanakah penyembah-penyembah bentuk akan menyedari ini?

"Ana Ahmad bilal Mim"; di mana "mim" dalam Ahmad adalah punca pertentangan atau Manifestasi yang bertentangan dalam alam; iaitu;

Dalam ketenangan laut Ahdiyah satu buih(Wahdah) timbul dan daripadanya banyak terzhohir (Wahdiyah), yang menjadi punca sifat-sifat yang bertentangan.
Berkenaan buih ini, seorang Aulia pernah berpesan;

Apabila laut telah melemparkan buih itu ke pantai, katakanlah kepadanya;
"Di manakah kekuatan anda sekarang?"

Dengarkanlah mereka menjawab;
"Tanyalah pada laut, jangan tanya pada kami!"