Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat

Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat

Hadis-Hadis Terpilih

PHOTOGRAPHY

WEDDING PHOTOGRAPHY
EVENTS PHOTOGRAPHY
FAMILY PHOTOGRPAHY
POTRAITS PHOTOGRAPHY
NATURES PHOTOGRAPHY


MOHD NAZMIE
019-9319889
ir_nazmie@yahoo.com

Please visit : http://cikgumiestudio.blogspot.com

How Do You Find My Blog ?

Tuesday, February 9, 2010

Berbalah dengan diri...

Solat,puasa dan zakat merupakan antara tugas dan tanggungjawab kita untuk menunaikannya. bila kita sebut tugas, dalam bahasa Kelate disebut "khijo", maka kenalah kita buat dan kita kene 'caro' biar ianya suci dan di terimaNya. Namun, akhir zaman ini, makin banyak 'khijo' ,manusia yang Allah tidak pernah perintahkan tetapi mereja sangat rajin dan tekun melaksanakannya.

Tugas ini kadangkala dibuat secara berkumpulan kerana berjamaah itu pahala besar. Mereka bersama-sama memikirkan apa yang perlu di buat,apa yang hendak dikata dan apa yang hendak dibincangkan.

Tapi, manusia-manusia 'kafir' ini melakukan kerja yang Allah laknat. Antaranya, mengumpat, bersangka buruk, dengki, riak, sumu'ah dan mengeji. Allah tidak pernah sekalipun menyuruh Nabi s.a.w menegaskan umat manusia untuk melaksanakan tugas ini. Tetapi degilnya manusia yang berasa mereka hebat, telah derhaka kepada Allah. Mereka tidak yakin adanya API NERAKA. Bila di tanya mulut, memang mereka kata yakin, tetapi percakapan tidak di ambil kira, bahkan perbuatanlah yang Allah hisab.

Tidak kira jabatan,institrusi atau pun sektor, tugas ini masih dipikul sempurna oleh pelaksanan tegarnya. aku sebagai guru juga, tidak lepas dari terkena tohmahan dan fitnah petugas-petugas ini. Bertaraf guru @ cikgu @ ustazah @ ustaz, berpakaian menutup aurat, namun adakah itu dipandang Allah???

Apalah guna jika kita hanya panggilan sebegitu namun hakikatnya kita kafir di sisi Allah. Suka mengumpat hal orang, dengki, tidak boleh tengok orang lain senang @ lebih. Apakah yang diumpat itu minta 'pitih' dengan kita???

Orang-orang sebegini sebenarnya berbalah dengan diri sendiri. Diri yang BODOH. Orang tidak kisah apa pun, tapi dia tidak senang duduk dengan orang lain. Bukankah bodoh namanya. Semakin tua, sepatutnya semakin ingat nak mati, tapi semakin kuat perangai laknatullah.

Sekali turun memang sakit hati dan nak marah, tapi turun kali kedua sebenarnya amat lucu dan kelakar melihat manusia bodoh yang berbalah dengan diri sendiri.Ibarat meludah ke langit.

Aku mari sini bukan lama, 3 bulan sahaja. 2 minggu je baru, orang da benci. Aku tak mitak pom mari sini.tapi, biarlah.....

Sifat Guru...

Apakah sfat seorang guru yang suka berdengki??
apakah sifat seorang guru suka mengumpat??
Apakah sifat seorang guru tidak boleh tengok orang lain lebih dari dia lalu mengumpat dan membuat fitnah??
Apakah sifat seorang guru suka sumpah seranah anak didik??
Apakah masih mulia 'title' guru jika bersikap prasangka buruk??
Apakah professional seorang guru minta diganti kelasnya walhal dia duduk bersahaja dalam bilik guru dan mengumpat??

Bukankah buat dengan tak tahu dalam "Kitab Perukunan" boleh batal syahadah.


Bila batal syahadah maka bukan Islam..

Maka, bukan Islam itu.....

KAFIR!!!!!!!

Saturday, February 6, 2010

Latihan Mengajar Bermula

Tanggal 31 Jan 2010, aku mendaftarkan diri di SMK Kubang Kerian bersama 4 orang rakan yang lain. Latihan mengajar ini akan mengambil masa 3 bulan. Aku hanya mengajar 10 masa(period). Sepatutnya 15 tetapi aku minta 10 ajer.Huhuhu.

Aku mengajar 2 kelas tingkatan 4.Selama seminggu kami hanya duduk "lilah lilah' kerana tiada jadual. Alhamdulillah, telah dapat. Minggu depan telah bermulanya sukantara dan aku merupakan hakim Lontar Peluru. Sesuai ke??

Jarak sekolah dari rumah aku hanya 10.7 km kira-kira 10 minit. Namun,kerana sekolah ini terletak di jalan persekutuan, aku terpaksa juga turun awal untuk mengelakkan kesesakan.

I-Allah, aku akan habiskan dengan jayanya.

Cuma kemusykilan aku, cuti sekolah terpaksa juga aku ganti untuk praktikal.Bukannya cuti peribadi. Kalau sekolah cuti 2 minggu, maka aku kene ganti 2 minggu la.

Entahla...tak penah di buat orang.