Liku hidup...
Hidup ni banyak liku dan selekoh yang tajam yang memerlukan kita amat berhati-hati dalam perjalanan. Tersilap penentuan,tersimpang jauh dari tujuan.Setiap perjalanan ada pangkalan. Singgah lah sekejap sahaja kerana perjalanan mesti diteruskan. Anggaplah ujian dan dugaan itu sebagai 'check point' untuk meneruskan langkah seterusnya.
Ingatlah, dugaan dan cabarn yang kita hadapi semua ini adalah perkara yang amat nipis jika dibandingkan apa yang kita hadapi di tanah seberang. Lautan amat luas yang perlu kita berenang untuk tiba dengan selamatnya. Ramai yang ingin berikan bantuan dan pertolongan samada percuma atau berbayar, namun bolehkah kita tiba di sana dengan bantuannya??
Tiada bantuan yang lebih sempurna dan diyakini melainkan pertolonganNya. Setiap zarah yang bergerak pun dengan izinNya. Biarkanlah susun atur hidup kita Dia tentukan dengan pilihan dibuat oleh kita.
Kita yang memilih haluan.
No comments:
Post a Comment