Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat

Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat

Hadis-Hadis Terpilih

PHOTOGRAPHY

WEDDING PHOTOGRAPHY
EVENTS PHOTOGRAPHY
FAMILY PHOTOGRPAHY
POTRAITS PHOTOGRAPHY
NATURES PHOTOGRAPHY


MOHD NAZMIE
019-9319889
ir_nazmie@yahoo.com

Please visit : http://cikgumiestudio.blogspot.com

How Do You Find My Blog ?

Sunday, August 30, 2009

Konvo UKM 2009



















Seminggu sudah...

Diam tak diam sudah lebih seminggu kita berpuasa. Terasa cepat masa berlalu tanpa aku sedari apakah yang telah ku lakukan sepanjang ramadhan ini. Minggu depan aku akan menghadapi midterm. 2 midterm. Satproject dan satu article review assigments. Semua nak urgent. Kita buat jelah,dah tugas kita ngaji.

Sepanjang bulan ramadha,aku tak pernah terfikir 'nok buko nga gapo?'Ap yang ada,itulah sajaha aku buka walaupun sebiji tamar. Setiap hari aku balik berbuka di rumah mak saudara aku. Yelah,orang tua kalu kita ada selera sikit makannya. Petang ni kami akan ke Bukit Jelutong,rumah pak saudara aku pula. Berbuka puasa juga,katanya.

Samalah kita kita penuhi ramadhan ini dengan sepenuh2nya. Walau sekilas ingatan kita padaNya,sudah memadai.

*terawih 11 ke 23 rakaat??

Sunday, August 23, 2009

Kekasihku Hilang...


Liku hidup...

Hidup ni banyak liku dan selekoh yang tajam yang memerlukan kita amat berhati-hati dalam perjalanan. Tersilap penentuan,tersimpang jauh dari tujuan.Setiap perjalanan ada pangkalan. Singgah lah sekejap sahaja kerana perjalanan mesti diteruskan. Anggaplah ujian dan dugaan itu sebagai 'check point' untuk meneruskan langkah seterusnya.

Ingatlah, dugaan dan cabarn yang kita hadapi semua ini adalah perkara yang amat nipis jika dibandingkan apa yang kita hadapi di tanah seberang. Lautan amat luas yang perlu kita berenang untuk tiba dengan selamatnya. Ramai yang ingin berikan bantuan dan pertolongan samada percuma atau berbayar, namun bolehkah kita tiba di sana dengan bantuannya??

Tiada bantuan yang lebih sempurna dan diyakini melainkan pertolonganNya. Setiap zarah yang bergerak pun dengan izinNya. Biarkanlah susun atur hidup kita Dia tentukan dengan pilihan dibuat oleh kita.
Kita yang memilih haluan.

Saturday, August 22, 2009

Sabar Ada Tahap???

Semasa sesi 'halaqah'dalam kelas td,isu yang dibangkitkan adalah "sabar". Persoalan nya ialah adakah sabar mempunyai tahap atau had??? Sebagai contoh.."Jangan sampai aku hilang sabar"..adakah sabar mempunyai tahap????

Marilah kita sama2 fikirkan...

Ramadhan..Ramadhan..

Ramadhan kembali..
Sudahkan kita bersedia untuk menghadapinya??
Bersedia dengan erti kata telah mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dengan puasa.

1.Erti puasa
2.Niat
3.Syarat sah puasa
4.Perkara membatalkan puasa
5.Perkara yang allah tidak terima puasa kita

Banyak lagi yang kita perlu beri perhatian...Galilah lebih dalam tanah ini agar dikau temui emas sejati. Hisablah diri sebelum menghukum orang lain "itu ini". Banyakkan "diam' atau :mati: sewaktu Ramadhan ini. Kejarlah Lailatul Qadar pada tiap-tiap malam. Tapi bg para arifbillah, setiap hari bagi nya adalah Ramadhan dan mahukan Ramadhan ini berkekalan.

Wallahu'alam...

PSSGWM Lulus...






Alhamdulilah..Pertubuhan Seni Silat Gayong Warisan Malaysia (PSSGWM) telah pun diluluskan dan akan meneruskan agenda-agenda pertubuhan. Ini merupakan berita gembira kepada anak-anal gayong khususnya sekolah-sekolah di Kelantan yang berpusat di Rumah Cikgu Nasir,Wakaf Zin. Sama-samalah kita jaga adat dan warisan kita ini agar tidak hilang. Inilah sahaja yang kita ada yang diwariskan oleh nenek moyang kita.

Takkan Melayu Hilang Di Dunia.

Wednesday, August 19, 2009

Kursus Keris Siri 1 2009






















Baru-baru ini, Pertubuhan Seni Silat Gayong Warisan Malaysia (PSSGWM) telah mengadakan Kursus Seni Keris kepada para jurulatih pada 1 & 2 jun 2009. Kami amat bertuah kerana kursus ini telah dihadiri oleh seorang guru tua iaitu Pak Ngah Izhar dari batu kurau sememangnya menjadi rujukan kepada anak-anak gayong sekarang. Bersama pak ngah ialah Ust Khalid juga merupakan seorang gurulatih gayong. Kursus ini di 'handle' oleh orang kuat PSSGWM saudara Faiz yang juga merupakan pen.setiusaha PSSGWM. Terima kasih juga di ucapkan kepada Cikgu Muzairi yang sudi hadir hingga ke akhir program. Terima kasih juga kepada Abe Lan dan cikgu zul yang sanggup hadir walaupun sekejap cuma. Juga kepada Abe Die yang semalaman bersama Pak Ngah. Dukacita juga kerana Cikgu Nasir tidak dapat bersama pada kursus kali ini dan kepercayaan cikgu terhadap kami untuk menjalankan kursus ini kami amat hargainya.































Kembali...


Sudah lama aku tidak menulis..Maafkanlah..merantau hampir tiga buah negeri untuk menyambung pengajian.
alhamdulillah, aku tiba di akhir destinasi(agaknya) pilihan ku. Inilah rezeki Dia. Bila Ia mengatakan sememangnya milik seseorang,tiada siapa dapat menghalang serta mempersoalkannya.
I-allah, aku akan terus menulis...