Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat

Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat

Hadis-Hadis Terpilih

PHOTOGRAPHY

WEDDING PHOTOGRAPHY
EVENTS PHOTOGRAPHY
FAMILY PHOTOGRPAHY
POTRAITS PHOTOGRAPHY
NATURES PHOTOGRAPHY


MOHD NAZMIE
019-9319889
ir_nazmie@yahoo.com

Please visit : http://cikgumiestudio.blogspot.com

How Do You Find My Blog ?

Thursday, September 18, 2008

Anak Anak Kita

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petangkerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi


Fikir..
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir..

Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir..

Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir..
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu

Fikir..
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir..

Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu

Maf14


















































Amacam, ada nampak macam ketua geng tak??
Geng Bas Sekolah..

Paling Merendah Diri

Anggaplah zat, sifat dan afaal anda sebagai Zat, Sifat dan Afaal Allah dan menjadi satu(dalam Ahadiah). Inilah jalan setengah kaum sufi dan bukan orang-orang lain (Ibrar dan Ikhtiar) yang menjalankan latihan dan mujahadah dan berkata: "Anggaplah diri anda dalam jalan Fana dan Allah dalam jalan Baqa; Diri anda - Ubudiyah(Kehambaan) dan Allah - Rububiyah(Ketuhanan). Ini adalah fahaman secara pertentangan dan bukan tujuan hadis ini. (Siapa yang kenal diri akan kenal Tuhannya).

Bukan sekadar mengagungkan jalan setengah kaum sufi itu, dan tidaklah pula menganggap lekeh pada jalan orang-orang lain (Ibrar dan Ikhtiar).
Sekadar menyatakan

"Bilangan kunci pada peti harta menunjukkan nilai ketinggian harta di dalam peti itu. Jalan yang berliku-liku, menurun dan mendaki, perompak penyamun dalam perjalanan; membuktikan keagungan tempat yang dituju oleh si pengembara. "
Selebihnya bila banyak kunci, maka mudahlah membuka peti harta itu mengikut mana-mana pintu yang diizinkan.

Pun begitu, pemegang kunci itu tidak pernah lupa pada liku-liku jalannya dan serakan jalan yang lain untuk sampai ke tempat peti harta itu. Ini adalah kerena keagungan tempat itu adalah seumpama tebaran spektrum pada sebutir permata. Percikan kilauannya sudah cukup memperihalkan betapa Agungnya tempat itu.

Dan ini tidaklah bertentangan sebagaimana yang pernah dipesankan oleh Sheikh Ibnu Arabi pernah menyentuh perihal isyarat ini dengan katanya;

Ahli Makrifat itu tidak mempunyai makrifat jika ia tidak mengenal Allah dari segala sudut dan dari segala arah mana saja ia menghadap. Ahli Hakikat hanya ada satu arah iaitu ke arah Yang Hakiki itu sendiri. "Ke mana saja kamu memandang, di situ ada Wajah Allah" (Al-Qur-an)
"Ke mana saja kamu memandang", sama ada dengan deria atau akal atau khayalan, maka di situ ada Wajah Allah". Oleh itu dalam tiap-tiap ain [di mana] ada ain (Zat Ilahi) dan semuanya adalah "La ilaha illalLah" (Tiada Tuhan Melainkan Allah).

Dan hakikat kalimah La ilaha illaLah inilah yang menjadi dasar pegangan setengah kaum sufi yang berkata; "Anggaplah zat, sifat dan afaal anda sebagai Zat, Sifat dan Afaal Allah dan menjadi satu(dalam Ahadiah).". Kalimah hakikat inilah juga yang ingin dijernihkan oleh latihan zikir. Hakikatnya adalah sama, dan jika nampak perbezaan pun kerana wujudnya tebaran cahaya spektrum pada peti harta itu.

Dan pada satu pihak yang lain, wujudnya dua yang berbeza ini adalah kerana wujudnya tempat tegak maqam-maqamnya. Orang yang memegang kunci peti yang bercahaya itu tidak sama pandangan dengan mereka yang masih dalam perjalanan mengikuti mana-mana cahaya yang dinampakkan kepadanya. Berbeza pandangan-pandangan ini, kerana berbeza-beza tempat tegaknya. Bila berbeza-beza tempat tegaknya, maka berbeza pulalah hal-ahwal mereka dan idea-idea di sebalik maksud pengucapan mereka.

Fikirkan dan renungkanlah Firman Allah Taala yang bermaksud;
Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa, dan baunya) Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya.(Al-Rad:4)

Dengan itu jangan pula sampai tersasar pandangan mereka yang masih dalam likuan perjalanan itu hingga terlatah sehingga sanggup menutup cahaya-cahaya lain atau tergamak melontarkan kepada pemegang kunci itu kata-kata yang membatalkan adab. Bersabarlah kerana sesungguhnya Allah itu bersama dengan orang-orang sabar. Bila Allah bersama, maka adalah nanti kenyataan anugerah kurnia yang Maha Melimpah itu.

Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui. (Al-Baqarah:115)
Maka Allah berfirman kepada mereka:" Matilah kamu " kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur. (Al-Baqarah:243)

Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam. (Al-Baqarah:251)

"Sesungguhnya petunjuk yang sebenar benarnya ialah petunjuk Allah". (Mereka berkata pula: "Janganlah kamu percaya) bahawa akan diberi kepada sesiapa seperti apa yang telah diberikan kepada kamu, atau mereka akan dapat mengalahkan hujah kamu di sisi Tuhan kamu". Katakanlah : "Sesungguhnya limpah kurnia itu adalah di tangan Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi pengetahuanNya. (Al-Imran: 73)

Oleh itu, orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada ini, maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya dan limpah kurniaNya (yang tidak terkira), dan Allah akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (jalan ugama Islam), yang membawa kepadaNya. (An-Nissa':175)

Demikian juga, jika difahami dengan penuh kesabaran, maka Insya Allah kita akan menganggap kata-kata setengah kaum sufi itu;

Anggaplah zat, sifat dan afaal anda sebagai Zat, Sifat dan Afaal Allah dan menjadi satu
dan tidaklah keterlaluan, atau paling sederhana atau mungkin kurang lagi (meminjam kata-kata seorang sahabat. Semoga Allah memberkatinya) jika dinyatakan isyarat menjadi "satu" sebagai satu dalam Ahadiah sebagaimana berikut;

Anggaplah zat, sifat dan afaal anda sebagai Zat, Sifat dan Afaal Allah dan menjadi satu(dalam Ahadiah). Inilah jalan setengah kaum sufi dan bukan orang-orang lain (Ibrar dan Ikhtiar) yang menjalankan latihan dan mujahadah dan berkata: "Anggaplah diri anda dalam jalan Fana dan Allah dalam jalan Baqa; Diri anda - Ubudiyah(Kehambaan) dan Allah - Rububiyah(Ketuhanan). Ini adalah fahaman secara pertentangan dan bukan tujuan hadis ini. (Siapa yang kenal diri akan kenal Tuhannya).

Dasar kesederhanaan ini yang pula seakan bertentangan dengan ahli-Al-suluk ialah pada memahami isyarat berkenaan dengan maksud tujuan hadis itu. Sebagaimana yang telah disinggung, pertentangan kefahaman ini adalah kerana berbezanya tempat tegaknya. Tidak menghairankan, seorang Aulia Allah Sheikh Abdul Shomad Muhammad Soleh(Tok Tabal) ada mencatatkan beberapa keterangan berkaitan dengan perbezaan ulama dalam memahami tujuan hadis tersebut dalam kitab peninggalannya "BabuHarap" di bahagian khatimah kitabnya.
Tulisan ini bukanlah ingin memperincikan keterangan-keterangan Tok Tabal berkenaan perkara tersebut, tetapi sebagai usaha untuk menyatakan kesederhaan mereka yang berkata;
Anggaplah zat, sifat dan afaal anda sebagai Zat, Sifat dan Afaal Allah dan menjadi satu(dalam Ahadiah).

Dengan memahami keseluruhan berkenaan dengan idea yang berkaitan dengan Ahadiyah atau sebaiknya Martabat Tujuh, maka teranglah pada kita akan kesederhanaan mereka bahkan mungkin kurang lagi. Dan perlu ditegaskan apabila kita sebut sahaja Martabat Tujuh, bukanlah sebagaimana yang difahami oleh Ahli-Suluk sebagai Tujuh martabat nafsu. Keterangan berkaitan dengan ini, boleh suadara kutip dari keterangan Imam Ghazali sebagaimana yang tercatat pada Kitab Sira-Ssalikin juzuk pertama.

Dan di medan ini, bukanlah tempat yang memadai untuk membicarakan perihal yang berkaitan dengan Martabat Tujuh yang disebut;

Alam Ahadiyah
Alam Wahdah
Alam Wahidiyah
Alam Arwah
Alam Misal
Alam Ijsam
Alam Insan Yang Kamil

Tambahan adab-adabnya ialah dengan merujuk kepada ahli-ahlinya sebagaimana yang pernah dipesankan oleh Aulia Allah. Ini adalah kerana bicaranya adalah berkaitan dengan pati Ilmu Tauhid, Ilmu Hakikat, berkenaan dengan Hakikat Muhammadiyyah dan Hakikat Insaniyah, A'yan Sabitah dan A'yan Khorijah serta peringkat-peringkat Musyahadah dan Tajali Allah.
Secara pengenalannya Martabat Ahdiyah yang dinamakan Martabat La Ta'Yun(martabat yang tiada nyata Hakikat Muhammadiah) dan dinamakan juga Zat Al-Mutlak atau Zat Al-Bakhat iaitu memandang dengan hati akan semata-mata Wujud Zat Allah Taala dengan tiada iktibar SifatNya dan AsmaNya dan AfaalNya dengan sekira-kira ghaib segala Alam dan dirinya(hamba) dengan memandang Allah Taala; tiada ingat dalam hatinya' hanya Allah Taala jua.
Dan martabat ini adalah Martabat Sifat Nafsiah(istilah Ilmu Usuluddin) kerana martabat Zat pada ulama Tahqiq daripada Ahli Tasauf.

Dan dengan kerana sebab-sebab inilah, dinamakan juga Martabat Al-Itloq yakni bermaksud lepas dari sesuatu. Dan sebahagian maksud dinamakan dengan Martabat La Ta'Yun kerena tidak ada nyata sesuatu jua pun.

Adalah misal bagi menghampirkan faham ialah Martabat Ahadiyah ini seperti kertas putih yang lapang yang tiada di dalamnya suatu qaid jua

Dan dimisalkan pula Martbat Wahdah itu seumpama noktah dalam daerah bulatan yakni titik yang satu. Maka adalah noktah ini asal bagi segala huruf yakni yang menerima lagi mengandungi segala huruf yang hendak disuratkan tetapi Ijmal yakni berhimpun di dalamnya; dengan tiada kenyataan huruf-hurifnya..........(Petikan dari Kitab Manhalus Shofi) Saudara harus ingat...bahawa misalan di atas adalah sebagai menghampirkan faham.

Jangan pula bersikap seperti mereka yang menjadikan tempat tiliknya pada misalan lantas tenggelam dan tetap di dalamnya. Tidak hairanlah, ada yang cuba bermain-main dengan kiasan atau misalan ini yang boleh mengusutkan dan mengelirukan orang ramai. Lihatlah contoh mereka tanpa mengira batas adab-adab mengeluarkan pertanyaan kepada umum seperti;
Titik itu apa? Apa sebelum titik itu? Dan apa pula selepas titik itu?
Semoga Allah membimbingi diriku dan saudara-saudaraku yang berhemah agar sentiasa menjaga adab-adabnya.

Dan jangan pula ada yang terasa atau tersinggung bila satu golongan mengatakan;
Mujahadah ialah permainan kanak-kanak, dan memerhatikan yang Allah ada di mana sahaja adalah perjuangan.

kerana sebelum dewasa, kita yang kanak-kanak ini mesti beradab dengan kanak-kanak juga sebagai fitrahnya.

Dengan demikian, bukankah paling sederhana, atau mungkin kurang lagi mereka yang berkata;

Anggaplah zat, sifat dan afaal anda sebagai Zat, Sifat dan Afaal Allah dan menjadi satu(dalam Ahadiah).

sebagaimana yang dipandang oleh Sheikh Jalaludin Rumi sebagaimana berikut;
Orang yang mengatakan "Anal-Haqq" mengisbatkan Wujudnya Allah dan menafikan wujudnya sendiri. Dia telah menyerahkan seluruh dirinya kepada Allah Yang Esa.

Itulah sebabnya ia berkata, "Anal-Haqq" yang bererti ;

"Aku tidak ada apa-apa.Yang ada itu hanya Allah. Dialah Maha Segala dan Maha Wujud".
Inilah yang dinamakan paling merendahkan diri, paling menundukkan diri, paling sujud kepada Yang Esa, hingga diri sendiri tidak wujud.

"Sesungguhnya petunjuk yang sebenar benarnya ialah petunjuk Allah". (Mereka berkata pula: "Janganlah kamu percaya) bahawa akan diberi kepada sesiapa seperti apa yang telah diberikan kepada kamu, atau mereka akan dapat mengalahkan hujah kamu di sisi Tuhan kamu".

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya limpah kurnia itu adalah di tangan Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi pengetahuanNya. (Al-Imran: 73)

Sebagai kiasan antara lautan Ahdiyah dengan titikan Wahdah untuk renungan bersama

Jika anda lihat dakwat, huruf hilang. Jika anda lihat huruf, dakwat hilang.

WalLlahu ta'lam A'lam

Engkau Dan Aku

Kadang-kadang engkau suka tengok orang bergaduh bersoal jawab siapa Aku. Engkau asyik melihat pesona hidup yang Aku berikan kepada engkau sekadar hiasan dan mainan hidup. Engkau kadang kala berasa Engkau lah segalanya akan tetapi Aku adalah hakikat segalanya. Engkau lagi hebat bidang agama,tapi Aku lagi hebat. Engkau rasa Engkau miliki harta dan kekayaan,tapi Aku lagi kaya. Engkau kata Engkau sihat,tapi Aku yang bagi Engkau sihat.

Engkau makan,tapi Aku yang makan. Engkau minum,tapi Aku yang meminum. Engkau hebat bersandang pangkat,tapi Aku lagi tinggi pangkat.

Asyik Aku sahaja yang menang,mana boleh.Engkau pun nak jugak kan.


Wahai Engkau, dah Lagu Tu, Nak Lagu Mana Lagi..

Macam-Macam Aku

Makan Aku, Minum Aku,Tidur Aku,Solat Aku,Lepak Aku,Bercakap Aku,Berjalan Aku,Belajar Aku,Menaip Blog Aku,Upload Gambar Aku,Internet Connection Aku..

Macam - Macam Aku...