Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat

Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat

Hadis-Hadis Terpilih

PHOTOGRAPHY

WEDDING PHOTOGRAPHY
EVENTS PHOTOGRAPHY
FAMILY PHOTOGRPAHY
POTRAITS PHOTOGRAPHY
NATURES PHOTOGRAPHY


MOHD NAZMIE
019-9319889
ir_nazmie@yahoo.com

Please visit : http://cikgumiestudio.blogspot.com

How Do You Find My Blog ?

Thursday, October 18, 2007

Siapa Kita

Hari raya telah berlalu..Ramadhan yang suci telah pergi..Namun kita tetap perlu meneruskan tugas seharian kita seperti sediakala..Ada yang peka berpuasa 6 pada syawal mulia ini..Aku masih ada sebulan lebih lagi masa untuk di habiskan di CIMB..Bulan disember aku akan bercuti selama sebulan sebelum meneruskan pembelajaran ku sebagai mahasiswa di Universiti Tercinta, Universiti Kebangsaan Malaysia. Aku amat merindui UKM..Gelak tawa bersama rakan2 yang "sekepala", menerangi dan mecorak hidupku yang ternyata lebih indah. Aku telah merasakan bagaimana perasaan ku apabila hari2 terakhir di Institusi Pengajian Tinggi tersebut tiba.Sedih, sayu, hiba perasaan yang pasti akan ku tempoh. Alam pengajian merupakan saat paling indah dalam tiap2 insan yang pernah bergelar pelajar. Aku masih mencari2 identiti sebenar diriku. Setelah aku bertemu dgn seorang hamba Allah, aku mula mengenal diriku. Biarkan bertatih, asalkan langkah itu cermat dan yakin. Hidupku, katanya, merupakan ujian yang "paling besar " dalam hidupku. Setelah aku bergaul dgn bermacam2 jenis manusia, pelbagai tempat dan budaya, aku telah faham dan mengerti apa yang di nyatakan oleh hamba Allah tersebut. Aku mula berjalan, dan setiap dugaan yang akan aku timpa, itu ujian dari yang Maha Esa. Bagaimana aku mampu atasinya, Dia hanya mahu melihat reaksi ku sahaja, Sabar @ Memberontak. " Siapa Kita ", Itulah yang selalu bermain di kalbu ku. Kenalilah Diri Kita.

No comments: