Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat

Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat

Hadis-Hadis Terpilih

PHOTOGRAPHY

WEDDING PHOTOGRAPHY
EVENTS PHOTOGRAPHY
FAMILY PHOTOGRPAHY
POTRAITS PHOTOGRAPHY
NATURES PHOTOGRAPHY


MOHD NAZMIE
019-9319889
ir_nazmie@yahoo.com

Please visit : http://cikgumiestudio.blogspot.com

How Do You Find My Blog ?

Monday, July 26, 2010

Bezanya deh..Ambo tolong oyak.

Ore Berilmu, dio duk die2..Tok caro kokre..Ngisah diri.

Ore Tok Berilmu, dio kijoe duk caro hal ore. Nk mapuh ore. Nk ngato kokre. Dio sore jah panda.

A.K.A senok otok..Palo otok sumbak...

Itulah beza, ore berilmu dgn tok berilmu.

Kato biso, cari dale Quran la.Tny bkpo ore doh kito biso.

Susoh weh..

Ore loni mugo panda2 belako...
Kijoe nk uji ore jah...

Biarla...Mugo dia makhluk Tuhe jgk..Tuhe ata kito...Tuhe wat dia "khusus" untuk nyusoh kokre dan Tuhe tetap doh dia duk 'patak' nerako...

Mari la sobak2 ambo, kita pakat tok soh wat caro ko makhluk nih!

Humm....

BAGAI ANJING DENGAN BAYANG-BAYANG.....

Tuesday, July 13, 2010

Sembang Sahabat...

Sahabat ku penah bercerita yang dia penah pergi kursus yang di anjurkan oleh badan ugama negeri Kelantan. Dalam ceramah nya, ustaz itu menerangkan perkara-perkara berikut adalah sesat lagi menyesatkan....

1.Martabat Tujuh
2. Ana Al-Haq
3.Ilmu Batin
4.Ilmu Zahir

Lalu di akhir ceramah itu, sahabat ku bertanya kepada ustaz tu..." Ustaz, kenapa kita minta maaf ZAHIR & BATIN?"...

Hu...Hu...Hu....

Hikmah Flight Delayed...

Flight aku lebih 2 jam delayed..Kesian pak cik2 dan mak cik2...sampai terhangguk menunggu flight..Yang bawa anak kecil, si anak dah lentok di bahu ibu. Flight pada awalnya jam 8.30 namun pada 10.50 baru naik flight.

Best Low Cost Service...Slogannya..Tapi..Itulah hakikatnya.

Mujur baik bertemu dgn rakan masa sekolah Maher dulu, Aku form 5, dia form 6,Abid namanya. Selepas kami masuk check-in, duduk di gate 12. Jam 10 mlm tu, hanya passenggers to KB je ada lg..LCCT da xda org nk fly..Haha...Nakal2..

Susunan Allah taala,kami terserempak dengan seorang abang yang juga seorang guru. Sibuk bersembang, lalu terkeluar dri mulutnya tentang hakikat ketuhanan. Dia mengingatkan agar kerja buat kita,mitok tolong org tu, tugas kita, namun hakikat menghadap sebenar padaNya. Dia suruh juga kami belajar sifat 20,biar kemas pegangan kita. Allah mahukan kami belajar lagi, perkemas lg, jge duk kecek sajo."Gian" kami doh male tu..Thank you Allah...

Kata2 nya yang aku masih igt lagi ialah..

Igt apa Rasul s.a.w bersabda....

Syariat : Ceritaku
Tariqat : Jalanku
Hakikat : Tempat dudukku
Makrifat : Segala perbuatanku

Monday, July 5, 2010

Ragam Sebelum Posting..Haishh..

Sibuk sekarang para pelajar DPLI bertanyakan 'posting' mereka. Ada sampai yang marah2 akan KPM kerana sengaja melambatkan penempatan. Ada juga yang kata KPM tak fikir bagi mereka yang da berkahwin nk bayar kereta lagi,bayar sewa rumah lagi,susu dan lampin anak, bayar itu, bayar ini. Macam2..Lepas dapat posting nanti complain gaji dapat lambat la,elaun xdpt la..Lagi byk kerenah. Ini ke sikap guru yang pentingkan wang ringgit dahulu semata2. Bukan salah,tapi biar bertempat.

Sepatutnya kita fikir di mana yang kita akan di tempatkan, mcm mana nk mengajar kalau pelajar di pedalaman, fikirkan cara yang terbaik. Biarlah berbaloi dan setimpal dengan gaji yang kita terima beribu2 sebulan. Kalu perlu 'ejas' posting, ejaslah. Bukan bergaduh marah kan KPM. Tak cerdik namanya.

Ada juga yang membandingkan poket 'tebal' dan poket 'nipis'. Itu bukan soalnya, rezeki Allah melimpah2 di muka bumi, carila. Atau kita malu, kita yang ada degree, master nk jual ayam, nk jual burger pasal malam, malas nk cari duit, mkn ape yang ada. Inilah sikap MELAYU. Berpuas hati dengan apa yang ada. Kita kene usaha untuk dunia,dan untuk akhirat.

Buka masalah KPM nk fikir masalah kewangan kita, kita nk byr itu byr ini. Cuba fikir rasional banyak2 kepada yang bakal bergelar guru. Sebab itulah budak sekarang kurang ajar, guru kurang ajar dengan majikan. Belum kerja lagi dah marah2 majikan.

Soal kita bangkang atau tak setuju, itu lain hal.Ada juga apa yang majikan kita buat tak betul.Kita bangkang. Jadi sama2 lah kita ubah sikap, demi anak2 didik kita.Soal duit @ wang no 2. Utamakan kan tugas hakiki kita. Bereskan tugas kita dengan sempurna, bkn cincai2, barulah kita tuntut hak kita. Duit ke, elaun atau ape sahaja.

Guru aku pernah kata, kalau kita buat kerja dengan ikhlas kerana Allah, maka upahnya akan dtg sendiri.