Pulang Ke Kampung
Isnin, 11 Feb 2008, malam ini aku kan balik ke Kuala Lumpur. Setelah seminggu lebih bercuti di Kampung Temu Ranggas ( Kg ambo la), best dapat pulang ke kg dan rehat. Tujuan ku adalah tiada lain semata2 untuk berjumpa dengan " Tok Guru" ku, Cikgu Nasir kerana rindu dihati. Begitu jua dengan sahabat karib ku. Abe Die. Aku juga puas dapat ke rumah Pak Su Hamid dan beliau sihat sediakala. Mereka inilah yang ku kejarkan setelah berpijak di bumi Kelantan.
Aku juga mengambil sebentuk Lawi Ayam, Kuku Rimau dan Minyak Cendana dari Cikgu Nasir sebagai koleksiku. Tambahan pula, Cikgu Muzairi( Tok Guru Silat Ku) telah mengadakan upacara mandi minyak yang sgt aku inginkan saban tahun. Puas hati rasanya balik kali ini.
I-Allah, akhir bulan Mei ini aku akan pulang ke kampung kerna pengajian ku di UKM telah sampai noktahnya.
Beginilah aku meniti hidup saban hari.