Hiba
Hari ni aku berasa agak sedih.
Pagi tadi aku menerima panggilan daripada sahabat karibku ( Abe Die ) yang memberitahu Pak Su Hamid tidak berapa sihat sehinggkan orang lain yang mengimamkan solat isyak semalam. Pak Su tidak sihat dan laif tubuhnya. Sekiranya waktu telah tiba, alangkah sedih hatiku. Aku yang masih merangkak dalam perjalanan menuju hakiki, sudah pasti terkapai-kapai nanti. Airmataku mengalir dengan tiba-tiba. Ke mana lagi hala tuju ku nanti untuk mencari sekelumit ilmu dan mungkin tiada pengganti. Namun, aku masih bersyukur kerana "orang" yang menunjuki aku jalan masih berada di samping ku di saat aku memerlukan. " Orang " itu ku anggapkan seperti ayahku sendiri walaupun tidak berbahasakn ayah. Inilah ketentuan-NYA dan ujian serta dugaan dari-NYA.