Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat

Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat

Hadis-Hadis Terpilih

PHOTOGRAPHY

WEDDING PHOTOGRAPHY
EVENTS PHOTOGRAPHY
FAMILY PHOTOGRPAHY
POTRAITS PHOTOGRAPHY
NATURES PHOTOGRAPHY


MOHD NAZMIE
019-9319889
ir_nazmie@yahoo.com

Please visit : http://cikgumiestudio.blogspot.com

How Do You Find My Blog ?

Friday, December 26, 2008

Love Is Cinta..

Aku rasa sunyi jgk sekarang..Yela..dulu dok msg sokmo,call sokmo,3G sokmo..tapi kini...

Petang tadi aku pg rumah saing aku sejak sek rendah lg..Dia dah kahwin..Alhamdulillah..Seronok tgk orang kahwin..Hati berkata,aku masih lagi mencari-cari..Yelah, benda dunia xpernah puas mencari..Ianya ada, tapi kita yang kene cari..Usaha kita..

Cinta...Ramai orang bercinta..Aku dulu pun pernah bercinta..Setiap orang pernah bercinta..
indahnya cinta sapa make tak lalu,tido tok jenero..Peringatan:"Aku tido sokmo,make xajin xlalu.lalu sokmo"...

Itulah cinta,sampai kat tv pun ada drama..Apa Itu Cinta?..Love Is Cinta..
Kadang2 aku tersenyum sendiri,aku pernah lalui semunya...Pengalaman yang begitu indah..
Tapi..sekarang hanya menghitung hari....


Walaupun aku kehilangan cinta...Namun,ada sebuah cinta yang tak pernah luput dan tak kan hilang dariku buat selamanya..Cinta ini begitu agung sehingga barang siapa yang bercinta dengannya di gelarkan Sang Pencinta. Cinta ini tidak pernah sesekali menyakiti aku,tidak pernah curang padaku,tidak pernah menyusahkan aku,malah sentiasa membantu ku..Ianya selalu bersamaku..Ketika duka,dia mendengar..Ketika sukar,dia senangkan...Ketika suka,dia rahmatkan..Ku telah temukan cintaku..Dan ku pohon maaf jika tiada lagi tempat di hatiku ini untuk cinta yang lain...Tetapi,aku lemah..aku perlukan kekuatan cintaku ini untuk memagariku dari pandangan selain cintaku ini...

Kekasihku ini kuat cemburu,sangat cemburu jika aku menyimpan cinta yang lain selain cintanya..ku harap,nafasku yang terakhir tetap bersama cintanya...selamanya...

*****HANYA KEYAKINAN DAPAT MERESTUI HAKIKAT CINTA YANG SEJATI*****

Dunia Penuh Teka-Teki

Sering kali kita disakiti.Dan yang lebih memeritkan ialah bila yang terdekat dengan kita ataupun orang yang sayangi melukakan hati kita. tidak memahami kehendak kita,soal persaan kita, serimh kali kita mengalah namun ianya tidak menjadi kesan dek kerana hati batu.

Kita mengalah bukan kerana takut, cuma orang kata"malah panje cerito". Tetapi manusia ni,ambil kesempatan itu untuk tunjukkan kelebihan ego mereka. Mentang2 kita mengalah, dia rasa dia menang,kita tunduk dia. Ingatlah,orang yang mengalah hari ni,biasanya akan menang di belakang hari.

Bagi aku, selagi mu buleh kerah palo,selagi mu buleh ego..Loh lah..dey keno gak,xleh wat dop..
Ikuk Mung..


Yang remeh temeh ni,banyak beredar di sekeliling kita. Ianya kehendak-Nya. Bagi mematangkan kita,menunjuk ajar pada kita perjalanan hidup bagi mereka yang reti.Aku fikir2, kehidupan kita lah Tok Guru hak besar. Tapi kita bengong xsey dgr kato.xsey amik pedoman atah apo yang berlaku. Sebab, kita rasa kita betul doh,kita pandai pado ore lain doh,kita temu doh jale hok kita nok..Biar kaba wei,keretapi rel straight pun buleh gelecoh...

DUNIA PENUH DENGAN TEKA-TEKI....TUALAH DIKAU DI DALAM UMUR..

Sunday, December 21, 2008

Crystall Garnet


Inilah Crystall Garnet yang belum dicanai..Hadiah daripada Uncle Freddy..

Wednesday, December 3, 2008

Penerbangan Tambang Murah..


Buleh2 pakat tempoh nga ambo des..
Huhu..

Dinihari Depan Rumahku..


Pernahkah?

Pernahkah kita terfikir apakah jalan yang kita tempuhi, lalui ini benar dan betul??sebagaimana yang kita minta dalam al-fatihah,"Tunjukkan kami jalan yang lurus.."

Sama2lah kita berusaha agar tidak gelecoh rel..

Monday, December 1, 2008

Lawatan SK Pak Badol Ke Kuala Lumpur

Pada tanggal 4-6 November lalu,aku telah mengiringi rombongan lawatan sambil belajar Sek Keb Pak Badol ke Kuala Lumpur. Kami berlepas dengan pesawat Air Asia pada jam 9.00 pagi. Seronok sangat dapat bawa budak2 kenal Kl.Yela,mak ayah dorang pun xpenah naik flight,dorang dah naik.

Budak,biasala..naik flight mcm naik bas transnasional..gi mari..gi mari..nk toilet pun 2 orang..igt kat sek ker..huhu. Sampai kul 10 lebih kat LCCT,makan2 then naik skybus pg KL Sentral.Naik Putra LRT ke Pasar seni dan menginap di rumah pengakap Jalan Hang Jebat.

Nasib baik tibal awal,lepas tu,hujan lebat sgt2. dekat jam 4 ptg,barulah hujan nampak reda. Aku pun bawa la budak2 pg KLCC. Nk suh kenal..Paling aku risau,adalah takut ada yang tertinggal dalam train..adoi..nk g gaga mano be wei..

Balik malam tu,aku gan geng2 pg beli makanankat kedai mamak,makan2 then budak pun masuk rehat. Tapi,budak2 tak tido pom..duk berunggar..







Esoknya,pagi pg kat Zoo negara. RM15 sorang. tp rombongan budak dpt RM4 jer sorang..oh,lupa nk gtau..budak seramai 52 orang,guru 8 orang.penuh flight nga puok2 nih..gege riuh..tgh hari pg melawat Masjid Putra di Putrajaya. Yela,budak sekolah kat kampung,manala dorang penah g kan..dekat maghrib dah balik.
than pg order makan,sambil2 tu,aku nga geng aku,Ali & Elias pg derak kat Petaling Street..mcm2 barang ada..
Pg esoknya,pg jalan2 kat Central Market before toalk balik ke KL Sentral. Flight ptg jam 3.45.Kami tiba kat airport PC jam 4.30 ptg dan budak2 disambut oleh mak ayah mereka..Alhamdulillah,sume selamat.




Jangan Tiru Macam Saya


Segala harta ayahanda dan juga stable lumba kuda,terpulang pada kekanda...

Saturday, November 29, 2008

Cerita 1

Pernahkah kita dengar cerita kelakar yang diceriterakan oleh saing2 kita..Terutamanya orang dewasa atau berumur la. Kadangkala ada yang sensored,biasala orang tua kan dia suka buat lawak yang tersirat. so pada yang skema tu, xpayah dengar la awal2..takut kesot hati..

Kali aku nk tra kongsi satu cerita,tp xtaula lawak ke tak.Sebab agak payah nk cerita kot bahasa surat ni,kok kelate sene..baru sedak ngila...hahaha..tok dey cerito ngila doh..

Pada suatu hari, sorang ayah ni dok marah kat anaok dio..sebab aok dio ni suka main pasir. budok2 besalakan, main jual la,buat kek la..tapi kali ni ayah dia tak tahan sangat sebab anak dia terlalu degil atau pun kerah peda..jadi, ayah dia pun suruh si anak ni, dah nk main pasir sangat ,suka main pasir sgt..ayah dia suruh dia makan pasir tu..ayah dia paksa jgk makan doh nok main pasir sgt..dengan marah,ayah si anak ni pun berlalu..

sebentar kemudian,si ayah ni pun pg tengok anak dia...lalu bertanya dengan amarah..

"Mu nok make pasir lagi?"

Lalu si anak jawab.

" Tokse doh ayoh, hok ni pun tok abis lagi..."

Maafkan Kami...

Maaf kepada semua kerana xdapat nk upload selalu kerna internet semakin low..Tambah2 hujan plak..Nk upload gambar pun terus jd page cannot be displayed.Maaf la banyak2..

Ada sapa2 sobat kita kene pindah dek banjir?

Wednesday, November 19, 2008

Mengapa Di Benci

Bila diri ini dah di benci..
Apa lagi yang ada padaku..
Aku tidak mampu untuk membenci dirinya kerana
Kasih sayang yang dia berikan telah menghapuskan sifat
benci itu dari diriku..
Aku teringat atas kebaikan-kebaikan yang pernah dia lakukan untukku..
Pengorbanannya padaku..Semua itu Hanya Pencipta Membalasnya..

Tapi mengapa semua ini tetap berlaku..
Sememangnya ia Qada dan Qadar Aku..
Tapi Dia memberi pilihan pada ku..

Mengapa dia membenci diriku sampai begini sekali..
Apakah kerana aku menegur sikapnya,aku menasihatinya..
Kerana aku tegur kewajipan solatnya tertunda..Aku dimarahi.Aku di benci..
Atau ada pihak yang cuba menjadi duri dalam daging..

Manusia, mengapa kau bersifat dengki..Bukankah dengki itu Milik Dia..
Biadap kau mengambil dari Dia tanpa keizinanNya..

Aku tetap berdoa pada Kekasih, agar dia sentiasa dilindungi..
Kerna dia hanyalah baru kenal erti kehidupan..
Bukanlah aku hendak mengajar Kau Wahai Kekasih, tetapi..
Kerna Pada Mu Jua Tertuju Segala Jalan..
Segalanya berhajat pada Mu..

Perempuan Atau Betina
Racun padamu, madu juga padamu..

Namun kau hadiahkan racun padaku..
Apakah kurang sayangku,apakah kurang kasihku..
Aku tidak sesekali berganjak hati dari mu..adilkah kamu???

Pernahkah kau fikir..
Apa yang kau lakukan ini, jauh panggang dari api dengan..
apa yang kau ucapkan tiga tahun lalu..

Kau bersumpah dengan nama Kekasih kau cintakan aku..
Tapi,kini...

Aku telah berusaha sedaya upaya menjaga perhubungan ini..
agar sampai ke jinjang pelamin..Namun kau runtuhkan..

Semoga kau sedar apa yang kau lakukan..
Semoga kau bertemu dengan Rabu Dan Khamis..


Ku tanam padi,namun lalang yang berisi..
Ku tabur budi,budi tak jadi..

Cinta ku karam di laut sepi
Kerna gelombang,patah kemudi..

Aku berpaut di ranting usang..
Jiwa merajuk,sepi mengcekam..
Ku sangka jujur hati mu tuan..
Rupanya ku tepuk sebelah tangan..


Sang Pencinta..Hanya dia merasa..
Semangat sebuah pengorbanan..

Kesepian,kesayuan ini akan berlalu..Hanya Kekasih tempat di tuju...

Wednesday, October 29, 2008

Bisnes Slow..

Sehari-dua ini,bisnes batu permata agak slow..Tgh hari td,aku ke Kedai Ori Germs @ Tuck dann dia kata bisnes lembap skit lani..Yela,lepas puasa,lepasa raya, bykla habis kan..tp xpe,lepas ni ada byk lg yang lawa2..

Di tambah pula,sahabat aku,Abe Die ( Rusdi Tukang Emas) tidak berapa sihat, jd melambatkan sedikit kerja2 buat cincin..Pun begitu, staf2 dia yang cekap dan mahir masih lagi ada bersama kita dalam mengharungi dunia batu ini..

Ptg td aku ke kedai mereka untuk mengambil beberapa bentuk yang telah siap. alhamdulillah,memuaskan..aku dah lama xupload gambar2 kerna line tenet slow...maafla ko ambo des..

Demam..Demam..

Hari ini br aku dapat melhat alam maya..Setelah hampir seminggu aku terbaring kerana demam sakit urat yang teruk, aku dah dapat kuar..Boring glerrr..Aku kene demam ari Rabu lepas, bgn pg xleh nk bgn..sakit abis urat..sek pun mc..aku igt xlama..rupa2nya berpanjangan smpi nk g usm nk amik darah..igtkan denggi ke ape ke kan..

Rasa nk baring jer,letih..sakit2 badan..makan xleh(xlalu)..pahit mulut hanya Allah tau..Makan skit jer,terus muntah..loya2...siksa nya kalu dan sakit..tula,time sehak molek..makela puah2..dey sakit sajo laa..

ari mula2 tu,mata pun xleh nk celik..berat kepala..adula...siksa den..

tapi,dah lagu tu,nk lagu mana lagi..

Friday, October 17, 2008

Hakikat Dua Kalimah Syahadah...

Ahli Makrifat itu tidak mempunyai makrifat jika ia tidak mengenal Allah dari segala sudut dan dari segala arah mana saja ia menghadap. Ahli Hakikat hanya ada satu arah iaitu ke arah Yang Hakiki itu sendiri.

"Ke mana saja kamu memandang, di situ ada Wajah Allah" (Al-Qur-an)

"Ke mana saja kamu memandang", sama ada dengan deria atau akal atau khayalan, maka di situ ada Wajah Allah". Oleh itu dalam tiap-tiap ain [di mana] ada ain (Zat Ilahi) dan semuanya adalah "La ilaha illalLah" (Tiada Tuhan Melainkan Allah).

Dalam "La ilaha illalLah" semua wujud ada terkandung, iaitu Wujud Semesta Raya dan Wujud secara khusus; atau Wujud atau apa yang dianggap Wujud; atau wujud Hakiki dan Wujud makhluk.

Wujud makhluk tertakluk kepada kepada "La ilaha" yang bererti bahawa segala-galanya kecuali Allah adalah kosong(batil), iaitu dinafikan bukan diisbatkan. Wujud Hakiki termasuk dalam "illaLlah". Oleh itu semua kejahatan tertakluk di bawah "La ilaha" dan semua yang dipuji tertakluk di bawah "illaLlah".

Semua wujud terkandung dalam mengisbatkan Keesaan (La ilaha illaLlah) dan anda mesti memasukkkannya juga dalam menamakan hamba yang paling mulia (dalam mengatakan Muhammadun RasuluLlah).

"Muhammadun RasuluLlah" ini mengandungi tiga alam.
Muhammad itu menunjukkan Alam Nyata(Alam Nasut); iaitu alam yang boleh dipandang dengan deria(senses).

Rasul itu menunjukkan Alam Perintah(Alam Malakut); iaitu Alam batin berkenaan rahsia-rahsia tanggapan yang mujarad; dan ini terletak antara yang muhaddas dengan Yang Qadim.
Nama Ilahi(Allah) itu menunjukkan Alam Pertuanan(Alam Jabarut). Lautan darinya terpancar pengertian dan tanggapan.

"Rasul" itu sebenarnya pengantara yang muhaddas dengan Yang Qadim; kerana tanpa dia tidak akan ada wujud, kerana jika yang muhaddas bertemu dengan yang Qadim, maka binasalah yang muhaddas dan tinggallah Yang Qadim.
Apabila Rasul diletakkan pada tempatnya yang wajar pada kedua itu, maka barulah alam ini diperintahkan, kerana pada zhohirnya ia adalah hanyalah seketul tanah liat, tetapi batinnya ia adalah khalifah Allah.

Pendeknya, maksud mengisbatkan Tauhid itu tidaklah sempurna dan tidaklah meliputi tanpa diisbatkan Keesaan atau Tauhid Zat, Sifat dan Lakuan. Pengisbatan itu difahami dari "Muhammadun RasuluLlah".

Apabila seorang ahli Makrifat berkata "La-ilaha illaLlah" maka ia ketahui pada hakikatnya bukan hanya pada majazi sahaja, iaitu tidak ada jalan lain melainkan Allah. Oleh itu wahai saudaraku, janganlah hanya mengucapkan dengan mulut saja syahadah yang mulia ini, kerana dengan itu mulut sajalah yang akan mendapat manfaatnya. Dan ini bukanlah matlamat yang hendak dituju. Yang pentingnya ialah Mengenal Allah sebagaimana Ia sebenarnya.
"Allah itu dahulu seperti Ia sekarang jua tanpa sekutu, dan Ia sekarang seperti Ia dahulu jua".

Fahamilah ini, dan anda tidak akan dibebankan lagi dengan penafian, dan tidak ada yang tinggal bagi anda lagi melainkan pengisbatan agar apabila anda berkata anda akan berkata; "Allah, Allah, Allah". Tetapi kini hati anda dibebankan dan pandangannya lemah. Semenjak anda dijadikan anda hanya berkata; La-ilaha........ tetapi bilakah penafian itu akan berkesan?. Bahkan ia tidak berkesan kerana penafian itu hanya dengan lidah sahaja. Jika anda nafikan dengan Akal iaitu dengan Hati anda dan rahsia anda yang paling dalam, maka seluruh alam ini akan lenyap dari pandangan anda dan anda akan lihat Allah sendiri, bukannya diri anda sendiri dan juga makhluk-makhluk lain. Kaum Sufi menafikan wujud yang lain kecuali Allah. Maka mereka mencapai kedamaian dan kerehatan dan terus memasuki KalamNya. Mereka tidak akan keluar lagi. Tetapi penafian anda tidak ada langsung hujungnya............

Ghirullah(selain Allah) tidak akan lenyap dengan hanya mengatakan "tidak" dengan lidah sahaja; dan belum sempurna juga lagi dengan mata keimanan dan keyakinan, tetapi akan lenyap dengan pandangan secara langsung dan berhadapan muka.
"Sesungguhnya Allah itulah matlamat anda yang terakhir" (Al-Qur'an).
Dialah sumber segala-galanya. Maka anda tidak perlu lagi nafi dan tidak perlu isbat. Ini adalah kerana Yang Wajib itu telah memangnya isbat walaupun belum anda isbatkan, dan yang ghairullah itu sememangnya nafi walaupun sebelum anda nafikan.

Tidakkah anda ingin menemui guru yang dapat mengajar anda bagaimana menafikan ghairullah dan membawa anda kepada kedamaian di mana anda dapati tidak ada yang lain kecuali Allah?. Maka barulah anda hidup dengan Allah dan dapat menjadi penghuni "Dalam tempat tinggal orang-orang yang ikhlas di Majlis Tuhan Yang Maha Agung", dan ini adalah semuanya hasil daripada ingat anda dan makrifat anda bahawa "Tiada Tuhan selain Allah".

Anda tahu kata-kata Syahadah itu sahaja dan yang paling dalam yang anda tahu ialah berkata; "Tidak ada yang patut disembah melainkan Allah". Ini adalah pengetahuan orang-orang awam(biasa) tetapi apakah kaitannya dengan pengetahuan atau ilmu orang-orang Sufi?.
Pengetahuan anda yang sekarang itulah yang menghalang anda memahami pengetahuan orang-orang pilihan(Sufi). Masihkan anda menafikan pengetahuan yang didapati dari bimbingan guru menuju Hakikat, padahal mereka yang dipimpin itu memandang tidak yang wujud kecuali Allah? Mereka bukan sahaja mengenal Allah dengan Iman dan keyakinan saja, tetapi mereka memandang dengan cara pandangan yang terus tanpa halangan. Omong kosong tidak sama dengan melihat, bertemu muka.

Rujuklah mereka yang arif billah..

Tak Paham-Paham Lagi...

Kefahaman itu bukanlah milik kita..Ianya dicampakkan oleh Maha Pencipta kepada sesiapa yang Dia inginkan. Seringkali kita berasa ianya milik kita walhal,jauh panggang dari api. Apa yang kita ada hanyalah hafalan atau hafazan semata-mata. Itupun belas kasihan dari Dia. Apa yang kita alami dan merasai seharusnya memberi kefahaman kepada kita bukan ketika di atas tikar sembahyang sahaja, malahan kehidupan kita sehari-hari.

Bila kita telah faham, kita akan mengalami satu lagi fenomena. Fenomena ini sering membuatkan kita berasa megah,takbur,merasa diri telah pandai,boleh 'mengomen' orang, kita saja pandai dan betul,malah berbagai-bagai lagi yang kita rasa. Fenomena inilah yang di katakan dalam dialek Kelantan..."Koya Seko"..

Sebenarnya kita tak paham2 lagi. Apa yang kita tahu,belajar,amal. masih tak paham, lagi. Betapa benakkah kita. Kita rasa kita dah paham,tapi tak paham2 lagi...Tok Cekak Pehe Lagi..

Itulah,untuk memahami dengan kalbu bukanlah mudah. Perjalanan ini tidak menggunakan akal,tetapi kalbu. Moga2 ada yang sentiasa mengingatkan kita samada dalam nyata atau pun fantasi.

Bersyukurlah jika di beritahu, itu bermakna si Dia masih ingin menolong kita kembali ke jalan lurus, sebagaimana yang kita selalu mohon.." Tunjukkanlah Kami Jalan Yang Lurus"..

Bagaimana jika Dia mencampakkan kita dan tidak menghiraukan kita..Alangkah celakanya kita di saat itu..

Di balik cermin,cermin mimpi...
Ada realiti yang tidak kita sedari...

Tuesday, October 7, 2008

***Open Houser Raya***





















































Aku sempat la g jalan2 umah kengkawan yang buat open house. Rumah pertama yang aku kunjungi ialah Rumah Tok Guruku..Mesti tu,wajib..Sorry la cikgu,mie makan byk..best sgt ustz masak..hehe..Ustz,thanks ek masak..Aku gu nga hanif,best friend aku kat Ahmad Maher dulu, still keep in touch lagi..Then aku gi umah kawan aku,Mc Lin kat Peng.chepa..Xmakan sgt pun,jumpe member2 jer..Best..Syed ada.Iwe ada,Hafiz dan len2..tapi alah kelik..jamm punya la teruk..tapi sempat gak sampai umah b4 maghrib..

















































































Saturday, October 4, 2008

RAYA--RAYA

*******SELAMAT HARI RAYA******
***MAAF ZAHIR & BATIN***

Friday, September 26, 2008

Dugaan Tiba Jua...

Aku cemas sekali bila tetiba computer aku rosak hard disk..Segala data,gambar,video ada dalam tu..aku xbackup lagi..pucat aku sampai nangis..Hard disk 320G,mana cukup external nk copy..tp alhamdulillah,aku jumpa seorang yang pakar dalam bidang komputer di Kelantan ni,umurnya lebih kurang aku gak la..dia repair partition aku balik n boleh la copy files2 dulu..gambar kat UKM,gambar Konvo,gambar silat aku,thesis aku,dapat di copy semula..alhamdulillah...

Hard disk tu totally rosak dah..kene anta warranty..rosak kat Boot Sector..memang kalu rosak dia asyik restart je,format and install windows lain pun xjadi dah..kalu tak pun driver sata tak ada bagi yang pakai hard disk sata. nasib baik la dapat copy..buah mujur ni ado sokmo..tula aku tak on and update blog..

Hard disk yang aku pakai sekarang ni pun,ptg tadi beronar jgk..aku delete partition coz lembap sgt..aku nk format boleh,tp bila nk install windows,xleh..dia kata disk damage..aku panic gak td..fobia dah sekarang nk format pc..cuba punya cuba,akhirnya dapat gak penyelesaiannya..aku xleh install secara NTFS Quick,tapi kene guna hak biasa punya..

alhamdulillah..jadi dah..ni yang leh update ni..huhu..

Aku rasa sajak di bawah ni sesuai benar dengan situasi-situasi di atas...


Benar-benar disakitkan-NYA kita seketika
Tp segera disembuhkan kerana cinta-NYA.

Disusahkan-NYA kita sedikit namun
Cepat-cepat disenangkan kerana itulah belaian-NYA.


Dimarahkan-NYA jua kadang kala
namun tidak lama kerana kasih-NYA.

Digamit-gamitnya kita padaNYA untuk meminta itu dan ini kerana itulah sayang-NYA.

Di Kala Berbuka Puasa...

Hari Isnin lepas..Aku pg lambat terawih kat masjid. Tok Imam dah nk solat terawih aku baru siap solat isyak..Act bukan apa,ada suatu kejadian berlaku kat umah mek aku..Relax2,nanti aku cerita.

Masa tu aku still lagi dalam toilet,yela mandi nk solat kan..Tetiba aku dengar suara mek aku menjerit.."Bangatla..gapo masuk dapur nuh!!!Mek aku panggil pak sedara aku,dia ada kat umah tu,aku kat umah aku..then,mek aku mai panggil aku..suh pg tengok..aku pg mula2 bawa parang,mek aku kata pendek,lalu aku membawa rotan hak aku wat silat..hehe,janagn marah cikgu nasir...

Bila masuk dapur mek aku,aku tgk xda ape pun..mek aku kata.."Namo key hiblih masuk.." Aku jawab,""hiblih hanying po bule2 poso nih"..slang siye capur nayu skit..Aku duk kosek2(belek2) tikar buruk,dengan tidak semena2,menjalar lah seekor ular yang panjang dan besar di tepi dinding..Aku ni dahlah fobia ngan ular,ntah mcm mana tetiba jadi berani..Berani tu xdala boleh pegang,halau nga kayu bolehla..Aku halau keluar lebih 3 kali,kata orang la kan,kalu ular masuk umah,kene bg tau suruh keluar dulu 3 kali,baru leh katok(pukul)..Aku suh mek aku panggil jiran sebelah,dia biasa skit..Dia dtg dan katanya Ular Sawa Tikus,tak berbahaya..Aku kata,bahaya tak bahaya,kalu kene patuk saja...Panjang dan besar lak tu...Pak sedara aku suh dia katok,dia pun halau keluar dengan kayu dan katok luar rumah..Dia kata ore tak katok dale umah..ye ke tak tak taula aku..

akhirnya ular itu tamat riwayatnya..kesian plak,tapi pikir2,aklu dia patuk kita lagi naya..

aku nk upload gambar ular tu,tapi aku terformat pc petang tadi so xdola gambarnya..
itulah pengalaman pertama ku berdepan dengan ular..lama dah ular xmasuk umah,last sekali masa aku kecil and arwah ayah(atuk) aku ada lagi..

Thursday, September 18, 2008

Anak Anak Kita

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petangkerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi


Fikir..
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir..

Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir..

Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir..
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu

Fikir..
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir..

Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu

Maf14


















































Amacam, ada nampak macam ketua geng tak??
Geng Bas Sekolah..

Paling Merendah Diri

Anggaplah zat, sifat dan afaal anda sebagai Zat, Sifat dan Afaal Allah dan menjadi satu(dalam Ahadiah). Inilah jalan setengah kaum sufi dan bukan orang-orang lain (Ibrar dan Ikhtiar) yang menjalankan latihan dan mujahadah dan berkata: "Anggaplah diri anda dalam jalan Fana dan Allah dalam jalan Baqa; Diri anda - Ubudiyah(Kehambaan) dan Allah - Rububiyah(Ketuhanan). Ini adalah fahaman secara pertentangan dan bukan tujuan hadis ini. (Siapa yang kenal diri akan kenal Tuhannya).

Bukan sekadar mengagungkan jalan setengah kaum sufi itu, dan tidaklah pula menganggap lekeh pada jalan orang-orang lain (Ibrar dan Ikhtiar).
Sekadar menyatakan

"Bilangan kunci pada peti harta menunjukkan nilai ketinggian harta di dalam peti itu. Jalan yang berliku-liku, menurun dan mendaki, perompak penyamun dalam perjalanan; membuktikan keagungan tempat yang dituju oleh si pengembara. "
Selebihnya bila banyak kunci, maka mudahlah membuka peti harta itu mengikut mana-mana pintu yang diizinkan.

Pun begitu, pemegang kunci itu tidak pernah lupa pada liku-liku jalannya dan serakan jalan yang lain untuk sampai ke tempat peti harta itu. Ini adalah kerena keagungan tempat itu adalah seumpama tebaran spektrum pada sebutir permata. Percikan kilauannya sudah cukup memperihalkan betapa Agungnya tempat itu.

Dan ini tidaklah bertentangan sebagaimana yang pernah dipesankan oleh Sheikh Ibnu Arabi pernah menyentuh perihal isyarat ini dengan katanya;

Ahli Makrifat itu tidak mempunyai makrifat jika ia tidak mengenal Allah dari segala sudut dan dari segala arah mana saja ia menghadap. Ahli Hakikat hanya ada satu arah iaitu ke arah Yang Hakiki itu sendiri. "Ke mana saja kamu memandang, di situ ada Wajah Allah" (Al-Qur-an)
"Ke mana saja kamu memandang", sama ada dengan deria atau akal atau khayalan, maka di situ ada Wajah Allah". Oleh itu dalam tiap-tiap ain [di mana] ada ain (Zat Ilahi) dan semuanya adalah "La ilaha illalLah" (Tiada Tuhan Melainkan Allah).

Dan hakikat kalimah La ilaha illaLah inilah yang menjadi dasar pegangan setengah kaum sufi yang berkata; "Anggaplah zat, sifat dan afaal anda sebagai Zat, Sifat dan Afaal Allah dan menjadi satu(dalam Ahadiah).". Kalimah hakikat inilah juga yang ingin dijernihkan oleh latihan zikir. Hakikatnya adalah sama, dan jika nampak perbezaan pun kerana wujudnya tebaran cahaya spektrum pada peti harta itu.

Dan pada satu pihak yang lain, wujudnya dua yang berbeza ini adalah kerana wujudnya tempat tegak maqam-maqamnya. Orang yang memegang kunci peti yang bercahaya itu tidak sama pandangan dengan mereka yang masih dalam perjalanan mengikuti mana-mana cahaya yang dinampakkan kepadanya. Berbeza pandangan-pandangan ini, kerana berbeza-beza tempat tegaknya. Bila berbeza-beza tempat tegaknya, maka berbeza pulalah hal-ahwal mereka dan idea-idea di sebalik maksud pengucapan mereka.

Fikirkan dan renungkanlah Firman Allah Taala yang bermaksud;
Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa, dan baunya) Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya.(Al-Rad:4)

Dengan itu jangan pula sampai tersasar pandangan mereka yang masih dalam likuan perjalanan itu hingga terlatah sehingga sanggup menutup cahaya-cahaya lain atau tergamak melontarkan kepada pemegang kunci itu kata-kata yang membatalkan adab. Bersabarlah kerana sesungguhnya Allah itu bersama dengan orang-orang sabar. Bila Allah bersama, maka adalah nanti kenyataan anugerah kurnia yang Maha Melimpah itu.

Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui. (Al-Baqarah:115)
Maka Allah berfirman kepada mereka:" Matilah kamu " kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur. (Al-Baqarah:243)

Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam. (Al-Baqarah:251)

"Sesungguhnya petunjuk yang sebenar benarnya ialah petunjuk Allah". (Mereka berkata pula: "Janganlah kamu percaya) bahawa akan diberi kepada sesiapa seperti apa yang telah diberikan kepada kamu, atau mereka akan dapat mengalahkan hujah kamu di sisi Tuhan kamu". Katakanlah : "Sesungguhnya limpah kurnia itu adalah di tangan Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi pengetahuanNya. (Al-Imran: 73)

Oleh itu, orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada ini, maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya dan limpah kurniaNya (yang tidak terkira), dan Allah akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (jalan ugama Islam), yang membawa kepadaNya. (An-Nissa':175)

Demikian juga, jika difahami dengan penuh kesabaran, maka Insya Allah kita akan menganggap kata-kata setengah kaum sufi itu;

Anggaplah zat, sifat dan afaal anda sebagai Zat, Sifat dan Afaal Allah dan menjadi satu
dan tidaklah keterlaluan, atau paling sederhana atau mungkin kurang lagi (meminjam kata-kata seorang sahabat. Semoga Allah memberkatinya) jika dinyatakan isyarat menjadi "satu" sebagai satu dalam Ahadiah sebagaimana berikut;

Anggaplah zat, sifat dan afaal anda sebagai Zat, Sifat dan Afaal Allah dan menjadi satu(dalam Ahadiah). Inilah jalan setengah kaum sufi dan bukan orang-orang lain (Ibrar dan Ikhtiar) yang menjalankan latihan dan mujahadah dan berkata: "Anggaplah diri anda dalam jalan Fana dan Allah dalam jalan Baqa; Diri anda - Ubudiyah(Kehambaan) dan Allah - Rububiyah(Ketuhanan). Ini adalah fahaman secara pertentangan dan bukan tujuan hadis ini. (Siapa yang kenal diri akan kenal Tuhannya).

Dasar kesederhanaan ini yang pula seakan bertentangan dengan ahli-Al-suluk ialah pada memahami isyarat berkenaan dengan maksud tujuan hadis itu. Sebagaimana yang telah disinggung, pertentangan kefahaman ini adalah kerana berbezanya tempat tegaknya. Tidak menghairankan, seorang Aulia Allah Sheikh Abdul Shomad Muhammad Soleh(Tok Tabal) ada mencatatkan beberapa keterangan berkaitan dengan perbezaan ulama dalam memahami tujuan hadis tersebut dalam kitab peninggalannya "BabuHarap" di bahagian khatimah kitabnya.
Tulisan ini bukanlah ingin memperincikan keterangan-keterangan Tok Tabal berkenaan perkara tersebut, tetapi sebagai usaha untuk menyatakan kesederhaan mereka yang berkata;
Anggaplah zat, sifat dan afaal anda sebagai Zat, Sifat dan Afaal Allah dan menjadi satu(dalam Ahadiah).

Dengan memahami keseluruhan berkenaan dengan idea yang berkaitan dengan Ahadiyah atau sebaiknya Martabat Tujuh, maka teranglah pada kita akan kesederhanaan mereka bahkan mungkin kurang lagi. Dan perlu ditegaskan apabila kita sebut sahaja Martabat Tujuh, bukanlah sebagaimana yang difahami oleh Ahli-Suluk sebagai Tujuh martabat nafsu. Keterangan berkaitan dengan ini, boleh suadara kutip dari keterangan Imam Ghazali sebagaimana yang tercatat pada Kitab Sira-Ssalikin juzuk pertama.

Dan di medan ini, bukanlah tempat yang memadai untuk membicarakan perihal yang berkaitan dengan Martabat Tujuh yang disebut;

Alam Ahadiyah
Alam Wahdah
Alam Wahidiyah
Alam Arwah
Alam Misal
Alam Ijsam
Alam Insan Yang Kamil

Tambahan adab-adabnya ialah dengan merujuk kepada ahli-ahlinya sebagaimana yang pernah dipesankan oleh Aulia Allah. Ini adalah kerana bicaranya adalah berkaitan dengan pati Ilmu Tauhid, Ilmu Hakikat, berkenaan dengan Hakikat Muhammadiyyah dan Hakikat Insaniyah, A'yan Sabitah dan A'yan Khorijah serta peringkat-peringkat Musyahadah dan Tajali Allah.
Secara pengenalannya Martabat Ahdiyah yang dinamakan Martabat La Ta'Yun(martabat yang tiada nyata Hakikat Muhammadiah) dan dinamakan juga Zat Al-Mutlak atau Zat Al-Bakhat iaitu memandang dengan hati akan semata-mata Wujud Zat Allah Taala dengan tiada iktibar SifatNya dan AsmaNya dan AfaalNya dengan sekira-kira ghaib segala Alam dan dirinya(hamba) dengan memandang Allah Taala; tiada ingat dalam hatinya' hanya Allah Taala jua.
Dan martabat ini adalah Martabat Sifat Nafsiah(istilah Ilmu Usuluddin) kerana martabat Zat pada ulama Tahqiq daripada Ahli Tasauf.

Dan dengan kerana sebab-sebab inilah, dinamakan juga Martabat Al-Itloq yakni bermaksud lepas dari sesuatu. Dan sebahagian maksud dinamakan dengan Martabat La Ta'Yun kerena tidak ada nyata sesuatu jua pun.

Adalah misal bagi menghampirkan faham ialah Martabat Ahadiyah ini seperti kertas putih yang lapang yang tiada di dalamnya suatu qaid jua

Dan dimisalkan pula Martbat Wahdah itu seumpama noktah dalam daerah bulatan yakni titik yang satu. Maka adalah noktah ini asal bagi segala huruf yakni yang menerima lagi mengandungi segala huruf yang hendak disuratkan tetapi Ijmal yakni berhimpun di dalamnya; dengan tiada kenyataan huruf-hurifnya..........(Petikan dari Kitab Manhalus Shofi) Saudara harus ingat...bahawa misalan di atas adalah sebagai menghampirkan faham.

Jangan pula bersikap seperti mereka yang menjadikan tempat tiliknya pada misalan lantas tenggelam dan tetap di dalamnya. Tidak hairanlah, ada yang cuba bermain-main dengan kiasan atau misalan ini yang boleh mengusutkan dan mengelirukan orang ramai. Lihatlah contoh mereka tanpa mengira batas adab-adab mengeluarkan pertanyaan kepada umum seperti;
Titik itu apa? Apa sebelum titik itu? Dan apa pula selepas titik itu?
Semoga Allah membimbingi diriku dan saudara-saudaraku yang berhemah agar sentiasa menjaga adab-adabnya.

Dan jangan pula ada yang terasa atau tersinggung bila satu golongan mengatakan;
Mujahadah ialah permainan kanak-kanak, dan memerhatikan yang Allah ada di mana sahaja adalah perjuangan.

kerana sebelum dewasa, kita yang kanak-kanak ini mesti beradab dengan kanak-kanak juga sebagai fitrahnya.

Dengan demikian, bukankah paling sederhana, atau mungkin kurang lagi mereka yang berkata;

Anggaplah zat, sifat dan afaal anda sebagai Zat, Sifat dan Afaal Allah dan menjadi satu(dalam Ahadiah).

sebagaimana yang dipandang oleh Sheikh Jalaludin Rumi sebagaimana berikut;
Orang yang mengatakan "Anal-Haqq" mengisbatkan Wujudnya Allah dan menafikan wujudnya sendiri. Dia telah menyerahkan seluruh dirinya kepada Allah Yang Esa.

Itulah sebabnya ia berkata, "Anal-Haqq" yang bererti ;

"Aku tidak ada apa-apa.Yang ada itu hanya Allah. Dialah Maha Segala dan Maha Wujud".
Inilah yang dinamakan paling merendahkan diri, paling menundukkan diri, paling sujud kepada Yang Esa, hingga diri sendiri tidak wujud.

"Sesungguhnya petunjuk yang sebenar benarnya ialah petunjuk Allah". (Mereka berkata pula: "Janganlah kamu percaya) bahawa akan diberi kepada sesiapa seperti apa yang telah diberikan kepada kamu, atau mereka akan dapat mengalahkan hujah kamu di sisi Tuhan kamu".

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya limpah kurnia itu adalah di tangan Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi pengetahuanNya. (Al-Imran: 73)

Sebagai kiasan antara lautan Ahdiyah dengan titikan Wahdah untuk renungan bersama

Jika anda lihat dakwat, huruf hilang. Jika anda lihat huruf, dakwat hilang.

WalLlahu ta'lam A'lam

Engkau Dan Aku

Kadang-kadang engkau suka tengok orang bergaduh bersoal jawab siapa Aku. Engkau asyik melihat pesona hidup yang Aku berikan kepada engkau sekadar hiasan dan mainan hidup. Engkau kadang kala berasa Engkau lah segalanya akan tetapi Aku adalah hakikat segalanya. Engkau lagi hebat bidang agama,tapi Aku lagi hebat. Engkau rasa Engkau miliki harta dan kekayaan,tapi Aku lagi kaya. Engkau kata Engkau sihat,tapi Aku yang bagi Engkau sihat.

Engkau makan,tapi Aku yang makan. Engkau minum,tapi Aku yang meminum. Engkau hebat bersandang pangkat,tapi Aku lagi tinggi pangkat.

Asyik Aku sahaja yang menang,mana boleh.Engkau pun nak jugak kan.


Wahai Engkau, dah Lagu Tu, Nak Lagu Mana Lagi..

Macam-Macam Aku

Makan Aku, Minum Aku,Tidur Aku,Solat Aku,Lepak Aku,Bercakap Aku,Berjalan Aku,Belajar Aku,Menaip Blog Aku,Upload Gambar Aku,Internet Connection Aku..

Macam - Macam Aku...

Wednesday, September 17, 2008

Kalau...

Kalau nak mengikut, biar berakal...
Kalau menurut biar pintar...

Tuesday, September 16, 2008

Dari Aku Untuk Aku

Mujahadah ialah permainan kanak-kanak, dan memerhatikan yang Allah ada di mana sahaja adalah perjuangan.

Ucapan sebegini telah beberapa kali disinggung dalam beberapa tulisan di laman engkau. Mungkin telah ramai yang telah dibukakan Allah dalam memahami dan mengamalkannya.
Berkatalah Aku kepada Aku

................Dalam memahaminya, apa yang diharapkan agar engkau menyedari mana satu permainan budak-budak kecil dan mana satu urusan orang-orang tua. Tua-mudanya pula bukan diukur pada umur atau bentuk fizikalnya tetapi bergantung kepada bakat-bakat yang terpendam di A'yan Sabitah.

Yang kanak-kanak, ikutlah jalan kanak-kanak. Dengan cakap wali(penjaga/ibu-bapa)engkau. Yang tua ikutlah caranya sendiri, dengan aqal sempurna yang diberikan. Inilah jalan yang lurus, jalan yang tidak dimurkai, jalan yang tidak disesati

Jalan inilah yang kau lafazkan berulang-ulang kali terutama semasa kamu bersholat. Jalan inilah yang kau minta ditunjukkan, minta dilorongkan, minta dibimbingi, dan minta dibukakan dengan berulang-ulang pada setiap hari. Sungguhpun kau tidak nampak dengan jelas jalan itu; sungguhpun kau tidak berapa faham mengenai jalan tersebut, namun yang pastinya kau telahpun diletakkan atas jalan itu. Telahpun diluluskan jalan yang kau lalui itu. Dari dulu lagi kau bertindak, kau bergerak, kau berusaha, kau bertadbir dengan jalan yang diluluskan dan dikhaskan untuk kau.

Sesungguhnya, Ilmu Yang Qadim itu telah Menentukan dan Menetapkan jalan yang akan kau lalui kini. Mana mungkin kelulusan jalan engkau itu boleh berubah dari telah sedia Qadim itu?. Ianya mempunyai Yang Wajibal Wujud(Yang Pasti Ada) pada satu sisi dan yang mumkin pada sisi yang lain. Jika engkau melalui mana-mana sisi, engkau akan dapati WujudNya Allah. Dan ini adalah kekal dalam kekal dan fana dalam fana.

Hakikat tidak dicipta oleh Yang Menjadikan; Perbuatan Si Pembuat tidak berlawanan dengan "bakat-bakat" yang terpendam itu.

"Kamu dahulunya mati, maka diberiNnya kamu hidup(Al-Baqarah:28).

Yang engkau nak ikutkan sheikh itu, sheikh ini, guru itu, guru ini,......... ikutlah mereka, tetapi jangan kacau pula urusan orang-orang tua. Mereka tidak ada syeikh yang menjadi tempat ikutan, tetapi bahkan sedang berada dalam keadaan jalan mereka. Biarkan mereka dengan urusan mereka; dengan jalan mereka yang tersendiri. .

Budak-budak mana tahu urusan orang tua kerana orang tua jauh fikirannya, banyak perkiraannya dan banyak tanggungjawabnya. Engkau ada jalan yang diuntukkan untukmu tersendiri. Pergilah bermain-main dengan kawan-kawan kau itu. Rasailah keseronokkan permainan itu, tetapi jangan lupa apabila senja nanti, cuci diri dan mandi dengan air itu.
Jangan mandi kerbau tahu!!!.

Kata Aku kepada Aku lagi;

Orang tua kerjanya memerhatikan Allah. Dia yakin yang Allah itu wujud dalam tiap-tiap sesuatu. Dia mengamalkan keyakinan tersebut sehingga dikatakan sebagai satu perjuangan untuk menyatukan tiap-tiap sesuatu yang dipandang. Inilah urusan perjuangan mereka. Inilah amalan mereka. Inilah maksud yang cuba di sampaikan oleh seorang Arif;
Barangsiapa menetapkan adab kepada segala waktu, maka sampailah ia kepada Maqam Al-Rijal;

Maqam lelaki yang sebenar-benarnya yakni keadaan orang -orang tua yang berjalan ikut jalannya yang lurus. Dengan menetapkan tiap-tiap sesuatu yang banyak itu menjadi satu dalam waktu itu. Menetapkan Waktu Titik itu, Waktu Tulisan itu dan Waktu Lautan Dakwat itu, semasa A'yan Saabitah dan semasa A'yan Khorijah dalam waktu yang sama, serentak dan pada satu masa jua. Inilah perjuangan, inilah kesempurnaan adab orang-orang tua yang ingin Menyatukan yang banyak menjadi Satu dan melihat Yang Satu itu hal keadaanNya banyak yang tidak terjangkau.

Abu Yazid pernah berkata;

Aku sampai pada Allah dengan dua langkah. Satu kaki atas nafsu(diriku) sendiri, dan satu lagi di lorong yang Dicintai.

Kebanyakan orang berkata ini bererti berlawanan dengan nafsu dan mujahadah???????

Sebenarnya......., satu kaki itu dalam Manifestasi(Tajali) dan yang lagi satu itu dalam wujud keakuan diri. Satu dalam memahami diri dan yang lagi satu dalam memahami Allah. (Siapa yang kenal dirinya, kenallah pada TuhanNya).

Itulah jalan orang-orang tua. Yang engkau nak sibukkan diri dengan permainan kamu itu, sibuklah kerana itu adalah jalan buat kamu, tetapi jangan dikacau dan diganggu urusan orang tua dengan halnya sendiri. Jangan dikata mereka nyanyuk, mereka tidak understanding, tidak proaktif, ketinggalan zaman atau apa-apa perkataan yang kurang beradab untuk mereka hanya dengan kerana mereka tidak mahu ikut bermain-main dengan kau atau hanya kerana kau tidak memahami urusan mereka. Mereka tak pernah menganggu keseronokan engkau, malah kadang-kadang tumpang seronok dengan gelagat kau. Pergi main jauh-jauh, dan jangan diganggu diri mereka itu.

Berkata pula yang lain bagiku; "Hai anakku...jadikan akan amalmu garam dan adabmu tepung."
Si A ada garamnya sendiri dengan guru ghaibnya. Si B ada garamnya sendiri dengan ilmu diri bapak bagindo mukhtarnya, dan si C ada garamnya sendiri dengan inkisyarnya. Si D ada garamnya sendiri dengan Masyayeikhnya. Demikian jua dengan Si E, Si F dan yang lain-lainnya. Sikit sahaja sudah cukup kerana tepung yang adapun tidaklah banyak sangat untuk dibuat kuih..

Alahai, betapa bodohnya aku, betapa bebalnya aku, betapa bengongnya aku, betapa bangapnya kerana menilik-nilik dan berbimbang untuk membanyakkan garam sehingga melupakan sesuatu yang perlu diperbanyakkan. Terkejar-kejar ke sana ke mari, ke hulu ke hilir, ke bukit ke bandar mencari dan melonggokan garam sehingga lupa pada MENGISAR TEPUNG yang perlu diadun menjadikan sesuatu yang mengenyangkan.

Oooooo. begitu.........Patutlah di dalam satu majlis kenduri dulu, seorang tua yang kenyang berisi pernah berkata kepada kawan-kawan yang makan sehidangan dengannya;

Tidak ada wujud melainkan Allah. "Dia" Allah terzhohir dalam bentuk "Aku".

Oleh itu memahami "Aku" sendiri adalah memahami "Dia" Allah. Yang Mengetahui dan Yang Diketahui - "Araftu Rabbi birabbi" - Aku kenal Allah dengan Allah.

Disampuk pula oleh yang lainnya;

yang mana mengikut beliau membawa pengertian; "Dan Dialah dalam diri kamu dan kamu tidak nampak Dia"(Az-Zaariyat:21)

Dan mencelah pula seorang yang lain dengan katanya;

Memahami atau mengetahui Allah lebih dulu dari mengetahui diri sendiri.

Dan sebelum beredar mereka sama-sama tersenyum sambil berkata;

Lupa akan Allah adalah lupa akan diri sendiri.
Lupa datang kemudian daripada tahu.


Jika kita nak bergaul dengan orang mabuk, kita kenalah mabuk juga. Jika tidak, kita tak akan faham apa yang di cakapkan oleh si mabuk itu.

Wallahu'alam...

Sunday, September 14, 2008

Malam 15..

Kini telah malam ke 15 kita bertarawih. Alhamdulillah, kita pohon supaya sempurna hendaknya tarawih kita itu di samping kita berbicara soal sah atau batalnya. Malam ini juga bermulalah qunut bagi witir. Buatlah sekadar kemampuan kita. Nabi bersabda yang bermaksud buatlah amal sekadar dengan kemampuan mu. Walaupun sedikit, namun itu lebih utama jika kita maintain atau istiqomah berbanding terkejar-kejar untuk menunaikan yang lebih banyak tetapi sia-sia sahaja.

Buatlah cara kita, tak perlu kisah orang punya. Kita cara kita,dia cara dia. Hanya kita tahu akan amal kita sehingga kita berasa tiada amal yang kita lakukan,itulah yang utama. Namun segalanya bermula dengan ilmu, tauhid, feqah dan tasauf.

Mula-mula kita berbicara tentang Tauhid,Islam atau kafir. Kemudian tentang feqah, sah atau tidak dan akhirnya tasauf, sempurna atau tidak. Ketiganya penting dalam menuju kesempurnaan amal dan sehingga berasa tiada amal, tiada haram halal, tiada dosa pahala dan sehingga tidak penting lagi syurga atau neraka.

Dan ketiga-tiga ini diakhiri dengan KEIKHLASAN.

Wallahua'lam.

Ini hanyalah nukilan biasa, bertanyalah kepada yang arif.

Aku.Aku.Aku.Aku

Aku teringat title blog Tok Guru ku yang mengatakan.."Tanya Mengapa Aku". Sebelum ini aku pernah menanyakan persoalan yang sama kepada diriku dan kini telah di kuatkan lagi oleh nukilan Tok Guru ku itu. Mungkin juga kebetulan but there are no accidents!!

Persoalannya kini ialah siapa Aku??

Aku..Aku..Aku..Aku..

SAHABAT YANG BERKATA 'AKU'

Seorang hamba Allah pergi ke rumah sahabat lalu mengetuk pintu. Rakannya berkata; "Siapa di luar sana?" Dia menjawab; "Aku".

Lalu berkatalah sahabatnya, "Pergi kau dari sini!!!!!!!. Di tempatku ini tidak ada ruang bagi mereka yang masih mentah(dalam bidang Tauhid, Mengenal Diri dan Mengenal Allah).
Hamba Allah itu pun pergi dari situ dengan hati yang duka.

Setahun kemudian dia datang lagi. Beliau mengetuk pintu rumah sahabatnya dengan hati yang berdebar-debar.

"Siapa itu?" kata sahabatnya.

Dia menjawab dengan berhati-hati sekali. "Engkau, wahai tuan yang mengenal diri!" kata hamba Allah itu.

Sahut rakannya,

"Oleh kerana engkau sekarang aku, masuklah; tidak ada tempat bagi dua "AKU" di rumah ini. Hujung dua benang tidak dapat masuk dalam satu lubang jarum. Oleh kerana engkau SATU, masuklah ke lubang jarum itu".

Intaha Jalaluddin Rumi

Di rumah ini hanya ada Aku. Hanya Aku sahaja yang boleh dimasuki. Cuma Aku sahaja yang diktibarkan; cuma Aku sahaja yang dimaklumkan. Tidak ada Aku melainkan Aku. Demikian jua, Tidak ada Engkau Melainkan Engkau. Di dalam rumah Keesaan ini tidak ada ruang untuk berbilang-bilang sebagaimana yang anda sangkakan. Di sini Aku hanya sedar akan wujudnya Aku sahaja. Aku hanya sembah Yang Esa itu. Aku bukannya penyembah bentuk kerana kepada penyembah bentuk, mereka sentiasa nampak dua.

Keluarlah dari bidang kesedaran bentuk kerana apabila anda keluar dari bidang kesedaran bentuk, anda akan nampak Satu. Sementara anda lihat bentuk sahaja, anda nampak dua. Janganlah tengok mata, tengoklah sinaran dari mata itu.

Fahamilah.........dalam bidang keruhanian, tidak ada pemisahan, tidak ada bilangan, tidak ada individu. Alangkah seronoknya kesatuan sahabat dengan SahabatNya. Tangkaplah keruhanian itu dan peluklah ia. Hancurkan segala bentuk hingga binasa. Galilah harta yang bernama Keesaan itu.


Bagaimanakah yang sedang bermain-main bisa memahami ini?
Bagaimanakah penyembah-penyembah bentuk akan menyedari ini?

"Ana Ahmad bilal Mim"; di mana "mim" dalam Ahmad adalah punca pertentangan atau Manifestasi yang bertentangan dalam alam; iaitu;

Dalam ketenangan laut Ahdiyah satu buih(Wahdah) timbul dan daripadanya banyak terzhohir (Wahdiyah), yang menjadi punca sifat-sifat yang bertentangan.
Berkenaan buih ini, seorang Aulia pernah berpesan;

Apabila laut telah melemparkan buih itu ke pantai, katakanlah kepadanya;
"Di manakah kekuatan anda sekarang?"

Dengarkanlah mereka menjawab;
"Tanyalah pada laut, jangan tanya pada kami!"

Thursday, September 11, 2008

Puasa,Puasa,Puasa

Sudah 11 hari kita berpuasa. Pada bulan ini, ramai yang mengatakan belanja "parok" @ belanja lebih. Ada yang tidak ada ape2( mugo mak bapak tanggung), ada yang sihat,ada yang tidak sihat, macam-macam lah. Itulah keistimewaan bulan puasa. Datangnya Ramadhan memberi rezeki kepada peniaga-peniaga. alhamdulillah, semuanya ada kelebihan. tetapi, adakah Ramadhan untuk berbelanja dan berniaga semata2.

Para guru-guru tua terlalu gembira bila tibanya Ramadhan dan sangat bersedih bila ianya akan pulang. Namun bagi orang seperti kita, bila masuk je Ramadhan, bertanya " Nak Makan Apa Buka Puasa", "Puasa dah?", Lambatnya Puasa" dan "Yes, dah nak raya". Jika di renungkan, di manakah kita??Para Arif Billah inginkan selamanya berpuasa dan memohon kepada Allah supaya bulan-bulan lain pun dijadikan seperti bulan Ramadhan. Masyaallah.

Uamat Muhammad merupakan umat yang paling istimewa. Umat Baginda juga tergolong dalam golongan yang pendek umurnya iaitu dalam lingkungan 60-70 tahun berbanding dengan umat2 terdahulu yang beratus-ratus tahun. Mampukah kita menandingi amal2 yang di lakukan oleh umat2 dahulu??Jauh panggang dari api.

Namun,kasihnya Allah kepada Rasul sehingga mengurniakan kepada umat Baginda satu kelebihan yang lebih baik dari seribu bulan iaitu Malam Lailatulqadar. Sudah jelas kepada kita bahawa kita umat yang teristimewa jika kita pandai mengambil peluang yang di beri oleh Allah untuk menandingi mereka yang terdahulu.

Samalah kita mencari agar kita perolehinya.

Kelebihan - Kelebihan Solat Sunat Terawih Mengikut Malam.

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang menge
rjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Friday, August 22, 2008

Mukhalafatuhu Taa'la Lilhawadits..

Kefahaman dan akal yang ajam amat penting dalam berjalan meniti kehidupan samada yang nyata ataupun sebaliknya. Bila bertemu dengan sesuatu yang tidak mungkin difikirkan oleh akal biasa sudah pastinya mengelirukan, membuat kita bingung apakah ini benar atau salah? Logik atau tidak dan sebagainya.

Sebab itulah pentingnya bimbingan guru yang mursyid lagi arifbillah. Ramai yang boleh bercakap soal agama namun tiada yang tahu apakah itu agama atau ugama sebenarnya. Apakah yang Allah suruh buat pada peringkat awal agama. Ramai yang hanya menjadi Muqalliq. Kata Imam Syafie, "Barang siapa belajar agama tiada guru,maka syaitan gurunya.".

Aku bukanlah tahu,aku tidak tahu apa-apa dan ini bukan milikku. Cuma aku ingin berkongsi apa yang aku faham. Ada golongan-golongan tertentu yang telah pun bertemu 'tuhan' . Aku tidak ingin bicara bagaimanakah tuhannya itu,tinggi ke,pendek ke,gemuk ke, biarlah mereka yang menyatakannya kerana mereka telah pun ketemu dengannya.

Allah itu Zat yang terkaya yang mempunyai sifat-sifat kesempurnaan yang tak terhingga banyaknya hanya Dia yang tahu,dan maha suci dari sifat-sifat kekurangan juga Dia yang tahu dan barang yang lain tiada lepas melainkan semuanya berhajat kepadaNYa.

Salah satu sifat Allah, iaitu yang ke-4 ialah Mukhalafatuhu Ta'ala Lilhawadits. Allah itu tiada serupa atau bersalahan dengan segala yang mumkin yakni yang baru. Maknanya allah ini tiada serupa dengan sesuatu yang kita khayalkan. TIDAK ADA..TIDAK ADA..Barang siapa iktikad tuhan itu begini-begini,maka KAFIR.

Jadi bagaimanakah seseorang itu boleh bertemu dengan tuhan sedangkan Allah itu Mukhalafah. Sememangnya syaitanlah tuhannya itu. Maka patut kita tolak dengan berkata Lailahaillallah..
Dengan sebab sifat Allah Mukhalafah ini juga kita patut memperbanyakkan ucapan Tasbih.

Jika kita tidak suka akan seseorang dengan apa yang dipelajari,maka biarkanlah mereka. Jangan kata apa-apa, dia kata dia betul,kita kata kita betul. Jangan mudah mengatakan sesat, kalu sesat tak jumpa jalan dah..Kalu dia betul sesat sekalipun,biarkanlah dia, kita jaga hak kita sudahla..Tok Soh Caro Kokre.

Wallahua'lam..

Rujuklah kepada yang lebih arif.

Friday, August 15, 2008

Majlis Konvokesyen Ke-36 Universiti Kebangsaan Malaysia 2008











Tanggal keramat 9 Ogos 2008 adalah hari yang bermakna pada diriku kerana segala penat lelah ku menuntut ilmu duniawi telah berbaloi pabila ku menerima Ijazah Sarjanamuda Dengan Kepujian ku. Terima kasih pensyarah-pensyarah,guru-guru,Tok Guruku, dan kepada Kedua Ibu Bapa ku,yang bermandi keringat membesarkan ku sehingga ke menara gading dan sehingga tamat di menara gading.
Tiang yang paling penting dalam penuntutan ilmu ialah taat setia yang tidak berbelah bahagi. Tamak itu adalah satu daripada membunuh diri sendiri ataupun satu kecelakaan kepada diri seseorang itu.
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang di kaki
Berguru kepalang ajar
Alamat binasa badan sendiri
Lenggang bertapak seni memandang
Memohon tahjud menadah sentiasa
Tegap menapak teguh menjulang
Hanya sujud ke hadrat yang Esa
Pecah Wajah Dini Hari
Wajah Terpacak Menghadap Diri
Terpahat Erat Tersimpul Mati
Itulah Rahsia Mengenal Diri..

Sekitar Pertandingan Koir Zon 4 PPD Bachok..







Berlansungkawanya pertandingan Koir Peringkat Zon 4 PPD Bachok pada 6 Ogos 2008.Kami dapat tempat ke-3..Actually, sepatutnya kami dapat tempat ke-2 kerana yang menang tempat ke-2 tu terbatal penyertaannya kerana terlebih peserta. Max ialah 30 orang akan tetapi mereka seramai 31 orang. Hakim tak tengok ke?

Tuesday, August 5, 2008

Duit Tak Masuk-Masuk..

Aku da 1 cite nk habaq pi..Semalam aku g nk bayar Yuran Konvo kat satu bank ni..kat depan USM Kubang Kerian..Berkali-kali masuk deposit machine tu xleh..Geramla aku..staf dia pun bukannya ada nk tanya ,lg la kalu nk tolong..sama gak,aku nk bayar kad kredit ma aku..xleh gak..berkali2 baru boleh..yang yuran td aku masuk manual pakai borang..sakit hati sgt dah..masa aku nk g bg tau staf dia kat kaunter tu, kita ni dahla tension xmasuk duit td, pg2 dia suruh....."Amik nomborla"..Aku rasa nk "jek" je kaunter tu..Then masa aku kat kaunter, dia kata.."Encik,kalu duit baru,kene 'konyot2' dulu baru mesin terima. Setahu aku mesin xterima kalu duit konyot atau berlipat dan sebagainya..Ni dia suruh konyot lak..Pelik la..xeffective la bank mcm ni..tengah2 dia duk ceramah, jeng jeng jenggg.."Encik ni salah borang,isi lain"...Aku cakap, orang awak xda,sy nk tny sapa???

Dah siap,aku berlalu mcm tu je..xpela xucap terima kasih pun..Aku sememangnya xbrapa suka ngan management bank ni..sbb aku dulu pun orang bank jgk..bukan nk sentuh sapa2..tetapi kene fikirla..orang kata, consideration..satu lg, benda ni canggih2 sangat pun "xpaka jugok"...tgk contoh aku la..berkali2 masuk xleh..dahla orang berjela2 tunggu kat belakang, duk kata kita "bakpo gak lambat"..orang bukan tau kita ada masalah. bukannya "darat"sebelum ni pun aku penah masuk deposit gini ..kat bank lain xda problem pun..maafla kalu ada yang tidak berkenan..aku cite pengalaman aku..orang yang xkene dia boleh cakap..tambah2 kalu kita nk cepat..tepuk dada tanya selera lah..

Moralnya..jangan cepat marah macam aku..Marah bersebab jugak kan..Huhuhu..

Pertandingan Koir..

Esok adalah penentu bagi semua penat lelah yang telah di curahkan kepada Kumpulan Koir sekolah..Pertandingan akan di adakan di SK Alor Bakat pg esok..Aku pun jd pening, mula2 kata sebelah petang, sebelah xboleh ganggu P&P. Ni pg pulak..Adoi..Poning den..Tapi xpela..Usaha Tangga Kejayaan.

Sunday, August 3, 2008

Mandi Tapak SMK Putri Saadong..

Pada Jumaat yang lalu..(skima ayat)..Ahli-ahli Silat Gayong Sek.Men.Keb Putri Saadong secara rasminya telah sah menjadi ahli PSSGWSMK setelah mereka menjalani upacara mandi tapak..Kira2 jam 3.30 petang, aku yang menjadi manager telah bergegas ke sekolah mereka..tak nak lambat..budak2 ni kalu lambat kata xjadi slaluh..Abe Lan yang menjalankan upacara bacaan ikrar dan adat istiadat mandi tapak..aku tolong2 jer..yela, bila lg nk berbakti pada Tok-Tok Guru..Member2 aku sume dah pg sambung blaja..Tinggal aku sorang jer..Jadi aku fikir, inilah masa untuk aku meluangkan masa menolong mereka mengembangkan lg Silat Gayong demi maruah bangsa Melayu walaupun tidak serius mana, at least sikit2 pun jadi..

Aku berasa lega segalanya berjalan baik..Yela,first time aku handle..xpela..belajar2 kan..Kalu sempat,nnt beta upload gambar...

Sekilas..

Hari Rabu ni aku akan ke KL..Sebab ari sabtu aku akan menerima Ijazah ku..Konvo la..Ake ken sidang ke-2..awalnya..cuti 3 hari mengajar..Lagi pun, tinggal seminggu je lg aku kat SK Pak Badol..Sedih aku rasa..Yela, tinggalkan murid2 pertama ku..Guru2 yang baik..Guru Besar yang baik..Semalam siap pg polish cincin dia lg..Then ikat sebentuk..Permata Kayu Kokka..Aku pun ikat gak 2 bentuk..Teras Gemunggal n Kemuning Hitam..10 hari gak Abe Die(Rusdi Tukang Emas) kata siap..xpela..asal siap..Tapi mahal harga perak la ni check oii..Harap2 siap cepat..aku xnak gesa2 tukang sgt, kot dia charge lain..

Petang ni aku rasa penat sgt..balik sek kul 4 dah..pastu g amik adik aku Qiraati pulak.Kat sek td latih budak2 koir..Rabu ni nk g tanding..Penat la main nga budak2..lain yg kita suruh,lain yg diaorang buat..sakit2..harap2 menang la coz diaorang kata last year depa menang..tp tak tau la..

Doalah biar semuanya selamat..

Friday, July 18, 2008

Kekasihku...

Kekasihku..
Ku pohonkan keampunanMu..
Aku tidak layak menjadi kekasihMu..Malah hambaMu sekalipun..

Kekasihku..
Alangkah besar lunakMu terhadap diriku..
Padahal aku sangat dungu..
Alangkah besar rahmatMu kepadaku..
Sedangkan sangat buruknya perbuatanku..

Kekasihku..
Dimanakah Dikau..
Aku hanya terdengar namaMu..
Aku sangat merinduiMu, tapi rindukah Dikau padaku?
Bimbangku terhadap Mu..
Apakah Dikau akan menerima ku..
Atau mencampakkan ku tanpa harga diri..

Kekasihku..
Dunia yang ku puja-puja..
Selalu menyakitiku..
Menghampakanku..

Namun. butanya aku sehingga tiada nampak kasihMu padaku..
Engkau tidak pernah sesekali menyakiti diriku..
Engkau tidak pernah melupakanku..
Engkau selalu memberi rahmatMu..
Wlau betapa besar derhakaku padaMU..

Engkau berlari-lari mendapatkan ku pabila ku teringat padaMu..
Sedangkan aku selalu lupa padaMu..
Aku utamakan dunia dari mengingatiMU..

Kekasihku..
Alangkah dekatnya Engkau denganku..
Tapi, alangkah jauhnya aku daripadaMU..

KepadaMu Kekasih..
Aku berserah..
Kerna ku tahu..Kau lebih mengerti..

KepadaMu Kekasih..
Aku bertanya..
Apakah Kau akan menerima ku kembali?

KepadaMu Kekasih..
Aku tinggalkan jawapan yang belum ku ketemukan..

Aku tidak layak untuk mempelajari ilmuMu..
Aku jahil..Aku manusia paling hina Kekasihku..
Aku tidak berhajat sesuatu pun kepadaMu..
Terlalu banyak rahmat yang Engkau berikan..

Kekasihku..
Kau antara lamunan..
Segala kalimah ku ini..siapa yang mengerti..

Antara Cinta Dan Persahabatan

Antara Cinta Dan Persahabatan
Andainya Aku Diberi Pilihan Untuk Memilih Diantara Keduanya
Akan Ku Pilih Kedua-duanya
Kerana Bagi Ku Ia Sama Bererti Dan Bernilai Dalam Hidupku

Cinta
Suatu Ungkapan Yang Belum Pasti Akan Keindahannya
Kerana Disebalik Keindahan Cinta Itu
Tersirat Seribu Kepahitan
Pastinya Akan Merentap Kedamaian Jiwa
Seorang Pencinta Setia
Tatkala Ikatan Diundang Kekecewaan

Namun Ia Tetap Menjemput Setiap Jiwa
Yang Punya Hati Dan Perasaan
Hakikat Yang Tersimpan Disebalik Anugerah Ini
Tak Terungkai Dengan Bicara Di Bibir
Tak Tergambar Dengan Lakonan
Begitu Syahdunya Kurniaan Illahi
Lahirnya Dari Hati Seorang Insan
Berakal,Beremosi,Penyayang Dan Berperasaan

Persahabatan
Suatu Ikatan Yang lahir Dari Hati
Keinginan Yang Ikhlas
Bagi Berkongsi Tangis, Tawa, Kasih Sayang Serta Keakraban
Sesungguhnya Sahabat Adalah Tempat Berbicara Setulusnya
Tentang Impian Dan Pengertian Hidup Ini

Persahabatan Yang Murni Dan Suci
Adalah Sebuah Perhubungan Yang Disulami Dengan Benang Kejujuran
Diwarnai Dengan Keikhlasan
Dicurahi Dengan Kasih Sejati
Sekiranya Menjadi Gunting Dalam Lipatan
Robohlah Tembok Keluhuran Sebuah Persahabatan

Teman Yang Budiman
Mengertilah Maksud Ku Ini
Sesungguhnya Yang Tersimpul Di Hati Kecil Ku
Sejak Perkenalan Kita

Kita Bina Tugu Persahabatan
Yang Dipagari Dengan Besi Kedewasaan
Yang Teguh Berdiri Megah Dilaman Hati Kita
Tak Tumbang Dek Rintangan
Hanya Satu Pinta Ku
Agar Dikau Sentiasa Mengingati Diriku
Andainya Aku Pergi Dulu Sebelum Mu

Sekitar Pasaria SKPB




































































































Saturday, July 5, 2008

Pasaria SK Pak Badol...

Semalam kat sk pak badol ada Hari Terbuka PIBG @ Pasaria..aku jadi tauke burger..300 biji aku balun buat sorang2 di bantu oleh pembantu aku Zakaria @ Pak Ya..Teman aku ada gak, Hasnu Bahiyah nama dia..huhu..xdela..Kita orang pakat2 tolong..Kul 7 baru aku balik semalam..Penat,lepas maghrib terus tido..sakit belakang,mungkin sbb goreng burger kuat kot..Best la pasaria semalam..kupon aku wat balik ni tp xdan kira lagi..penat..nnt kalu line tenet laju, aku uploadkan gambar2..broadband kg ni selow skit..

Monday, June 30, 2008

Good Morning Sir, Thank You Sir..

Semalam adalah hari pertama aku menjalankan tugas sebagai pendidik @ guru. Seawal jam 8 pagi aku pergi ke PPD Bachok untuk interview, then terus lapor diri ke Sek Keb Pak Badol, dekat Kedai Menanti,Melor. Arini aku dah ada jadual, fuh..Semua subjek aku ajar, KT,KH,MATH,SCIENCE,..Ok gak..Cikgu2 pun baik..Teringat aku sekolah dulu. Hari pertama je aku dah kene periksa kertas exam. Cikgu dulu xdan periksa. Periksa jelah. Jumaat ni plak ada pasaria, aku bahagian jualan. Jual Keris doh..Hahaha..Hari2 balik 1.15..Beres doh, tak macam sek menengah, pening kepala..balik lambat..Sek rendah rilex jer..Budak2 @ Murid-murid pun suka aku ajar, diaorang tak nak cikgu lain dah, nak aku ajar semua subjek..Penatla gini adik wei..Diaorang panggil aku SIR, ganah sk8..Kalu panggil cikgu, kene wat blog Cikgu Nazmie plop..tak leh, menjatuhkan reputasi blog Cikgu Nasir plak..huhuhu..Soriii cikgu..Beres,i-allah aku akan ceritakan dari semasa pengalaman aku di SK Pak Badol..

Monday, June 23, 2008

Pertandingan Keris

Pada tanggal 21 June yang lalu(macam wat karangan je), aku dan Tok Guruku telah pergi ke Pameran Karnival TM di perkarangan stadium kota bharu. Sebenarnya kami pergi nk tengok pertandingan keris. Aku tiba jam 8:45:21 pagi dan kelihatan telah ramai orang. Peminat-peminat keris juga tidak kurang. Apabila Tok Guruku tiba, kami terus ke khemah yang bertulis Pertandingan Keris. Ramai kenalan Tok Guruku ada dan aku juga berkesempatan mengenali mereka walaupun aku masih setahun jagung. Popular jugak sebenarnya Tok Guru aku nih, orang-orang kenal beliau melalui internet je, baru bertentang mata pada sabtu lepas.

Aku masuk juga bertanding, keris jawa, kepunyaan Cikgu Arjunaidi (Abe Die). Tapi pokok tidak berbuah. Ramai sangat orang yang bertanding keris jawa. Hakim tak sentuh pun keris kami..huhuhu..Paling untung keris alang, hanya 2 je bertanding. Confirm arr menang..

Tengah bersembang, tetiba Cikgu Zul, pengerusi Gayong Warisan Kelantan sampai, sembang lah..Ramai juga guru2 ku yang datang, ayah kawan ku Akmal Bee, member2 ku yang kerja dgn TM..untung dapat jumpa ramai2..

Tengah hari apabila keroncong keudara, aku dan Tok Guruku beserta sahabatnya pergi ke kedai Nasi Serati di jalan Long Yunus. Best woo..Aku tak pernah ke sana makan. Maybe next time aku nak ajak family aku pergi makan..

Oh ya, lupa den..Tok Guruku beli keris bugis 2 bilah..Murah jugak..Aku nak amik satu keris tu, tapi bajet kurang..Tapi duit boleh cari, barang lama tiada ganti.

Secebis pandangan..

Pernahkah kita mendengar lagu-lagu dari Sifu M.Nasir??
Dengarkanlah..walaupun liriknya pelik, tapi benar.

Ada yang pernah mengatakan bahawa M.Nasir tidak tahu buat lagu kerana liriknya yang entah apa-apa. Sebenarnya, yang mengata itu tidak tahu apa-apa.

Saya teringat akan kata-kata Tok Guru saya, "Jika mahu bercampur dengan orang mabuk, kita pun kenalah mabuk juga"

Dalam Aku, Ada Dia...

Ketahuilah..

Tahu Islam, Tahu Kafir
Tahu Iman, Tahu Kufur
Tahu Baik, Tahu Jahat
Tahu Mukmin, Tahu Fasik & Munafik

Thursday, June 19, 2008

Hal Rahsia Diri

Ilmu zahir ada 12 macam dan ilmu batin pun 12 macam dibahagi kepada golongan umum dan golongan khusus menurut kadar perjuangannya.
Dari 24 macam ini terbagi ia kepada 4 bab.
Bab 1 - Zahir Syariat - iaitu tentang perintah dan larangan serta hukum - hukum.
Bab 2 - Batin Syariat - yang disebut Ilmu Batin dan Tariqat.
Bab 3 - Ilmu Batin yang disebut Ilmu Ma'rifat.
Bab 4 - Ilmu Hakikat.

Manusia diharuskan menguasai bab keempat tadi, seperti mana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

"Syariat bagaikan pohon, Tariqat bagaikan cabang; Ma'rifat bagaikan daun dan Hakikat bagaikan buah".

Al-Quran mencakup 4 bab di atas dengan petunjuk dan isyarat secara tafsir dan takwil. Penyusun Kitab 'Al - Majma' berfatwa bahawa tafsir bagi awam dan takwil bagi orang khusus, kerana orang - orang khusus ini adalah ulama' yang 'rusukh'.
Rusukh maknanya tetap kuat, kukuh dan teguh di bidang ilmu. Sifat ini dimiliki oleh ulama Rasikhin iaitu suatu hasil dari kalimat yang ditanamkan di lubuk hati setelah berupaya membersihkan hati. Bukti ketinggian martabat ulama Rasikhin adalah ayat Al-Quran yang mencantumkan lafaz Rasikhin yang di'athafkan kepada lafaz Jalalah (Illallah) dalam ayat 'Syahidallahu....' dan seterusnya di dalam Surah Ali Imran: 18;
Mufassir Tafsir Al - Kabir berkata :

"Bila pintu yang ini (Rasikhin) telah terbuka, maka akan terbukalah segala yang batin. Seorang hamba diwajibkan melaksanakan perintah, menjauhi larangan dan melawan nafsu di seluruh daerah yang empat,
mulki (jasad)
malakut (hati)
jabarut (fuad)
lahut (sir)
Nafsu menggoda di
daerah syariat dengan membuat perlawanan - perlawanan.
Sedangkan di daerah Tariqat, nafsu menggoda dengan mendorong dan menyetujuinya tetapi di dalamnya terkandung tipuan seperti pengakuan menjadi nabi, wali dan sebagainya.
Sedangkan di daerah ma'rifat nafsu menggoda dengan syirik khafi (penyekutuan yang samar) yang bangsa cahaya seperti pengakuan menjadi tuhan. Allah berfirman (Al-Furqan:43): "Engkau mengetahui orang - orang yang menjadi Tuhan sebagai hawa nafsunya"

Di daerah Hakikat pula syaitan, nafsu dan malaikat tidak dapat memasukinya sebab bila berada di situ akan hangus, kecuali AlLah. Jibril a.s. berkata : "Kalau aku memasukkan hujung jariku ke alam ini maka hanguskah aku.

Manusia yang telah mencapai alam ini bererti dia selamat dari dua seteru; dan jadilah dia manusia yang ikhlas". Sesuatu yang tidak mencapai hakikat, maka dia tidak akan mencapai ikhlas kerana sifat - sifat 'Basyariyyah Ghairiyyah' (sifat manusia selain Tuhan) tidak akan hancur, kecuali dengan 'Tajalli Zat'.

Sifat bodoh hanya akan hilang dengan Ma'rifat Zat. Allah akan memberi ilmu orang yang sampai ke darjat ini tanpa perantaraan. Manusia akan mengenal AlLah kerana diperkenalkan oleh AlLah dan beribadat kepada AlLah dengan pendidikan AlLah, seperti Nabi Khidir a.s. Di alam ini dia akan menyaksikan Ruh - ruh Qudsiyah dan mengetahui Nabinya (Muhammad SAW) secara hakiki. Maka akan berbicaralah dari akhirnya hingga permulaannya.
Seluruh nabi menyampaikan khabar gembira atas keberhasilan si hamba kerana sampai kepada AlLah yang kekal. Firman AlLah (Surah An-Nisa':69):
"Dan mereka itulah teman sebaik - baiknya".

Amaliyah bagi Ruh Jasmani adalah menggunakan Ilmu Zahir. Pahalanya hanya syurga. Maka di sana akan jelaslah kebaikan dari sifat (orang yang beribadah akan masuk syurga; sebaliknya orang yang tidak beribadah akan masuk neraka).
Sedangkan untuk masuk ke 'Haramil Qudsiyah' dan dekat dengan AlLah tidak cukup bila hanya menggunakan Ilmu Zahir saja. Untuk ke sana harus dengan Ilmu Terbang; dan terbang itu harus menggunakan dua sayap. Bila satu, maka perjalanan akan pincang. Maka dengan kesepaduan Ilmu Zahir dan Batin barulah sampai seorang hamba ke Alam Qudsi.
AlLah berfirman di dalam Hadis Qudsi:
"Hai hambaKu, bila engkau ingin masuk ke HaramilKu (Haramil Qudsiyah), maka engkau jangan tergoda oleh Mulki, Malakut, Jabarut; kerana
alam Mulki adalah syaitan bagi orang Alim;
alam Malakut, syaitan bagi orang Arif;
alam Jabarut, syaitan bagi orang yang akan masuk ke alam Qudsiyah".

Wajib bagi semua manusia mengetahui ukuran dirinya dan jangan mengaku sesuatu yang bukan haknya. Imam Ali berkata: "AlLah menyayangi orang - orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia - siakan umurnya".

Seorang Alim harus mampu mencapai makna hakikat manusia yang disebut Tiflul Ma'ani (Bayi Ma'nawi). Setelah itu harus mendidiknya dengan tetap melakukan Asma Tauhid dan keluar dari alam Jasmani ke alam Ruhani, iaitu alam As-Sirri yang di sana tidak sesuatupun selain AlLah. Sir itu seperti lapangan dari cahaya, tidak ada hujungnya. Inilah Maqam Al-Muwahidin.
Mudah - mudahan tulisan di atas bermanfaat dan menjelaskan sedikit sebanyak hal rahsia diri - insan. Berusahalah untuk mencapai ke tahap itu melalui tunjukan guru atau orang yang ahlinya. Ada di antaranya sengaja tidak dihuraikan dengan lebih lanjut kerana sebagiannya adalah rahsia yang perlu dibicarakan secara khusus.

Lemah Mendapat, Itulah Pendapat


Tuesday, June 3, 2008

Tesis Dan Hantar..

Assalamualaikum...maafla..kekadang je hamba buka blog..xsempat..kat umah xda tenet..dulu kat ukm xpela..ni pun mai kejap pasal nk anta hard cover tesis..Alhamdulillah, tesis dah anta pun..Terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya "Tok Guru" hamba,Cikgu Nasir. Beliau yang banyak memberi tunjuk ajar dalam ilmu perkerisan walaupun hamba masih jahil yang amat..Belia berpesan agar timba dan gali lagi khazanah ilmu ini baik ilmu perkerisan. persilatan dan ketuhanan.Terima kasih semua..

Cuba Jawab..

Apakah yang paling manusia pandai cari???

Tuesday, May 20, 2008

Hari Ini Dalam Sejarah

Esok aku akan VIVA Tesis ku..Doakanlah aku agar sempurna segalanya..Aku xtau bila sebenarnya sebab keje balik malam..So arini, aku pagi2 lagi turun dari rumah mak sedara aku di Gombak, dtg ke UKM..Berapa belas ratus kali menguao atas muto..(mujo tok jenero)..dtg2, tgk aku punya turn ptg esok..harap2 ok la..yang paling best sebenarnya, ari Khamis aku akan balik ke Kelate..hehehe..aku dah terlalu rindu sangat kat Tok Guru aku..lama xjumpa..dia pun selalu tanya xbalik ka..aku ni lembut hati..bersilat ganas2 pun, kene cara..cair beb..huhuhu..saja jer..i-allah..aku balik..tp aku akan dtg Kl balik nk hantar hard cover tesis..then aku akan balik Kelate balik..dapat keje sementara kat sana plak..kat rumah..hepinya dapat balik, buleh bersilat, jumpa tok guru, abe die, g dengar2, lamo benar doh tok dengar ni..jahil benar dos..banyak kali dah aku mimpi jumpa tok guru aku..rindu benar ni..hehe..jumpa di sana yek..

Khas buat semua guru ku..


Kad ini ku tujukan buat semua guru-guruku yang penah mencurahkan walau sekelumit ilmu untuk diri ini.
Sek.Keb Bukit Marak
Sek.Keb Sura,Dungun,Terengganu
Sek.Keb Pengkalan Chepa
Sek.Men.Keb Dato' Ahmad Maher

Khas buat Cikgu Panji


Kau diibaratkan seperti lilin. Membakar diri menerangi yang lain.

Special For Cikgu Nasir..


Dark days are short-lived," My teacher, Consolation, has taught me.

Friday, April 18, 2008

THESIS KU SIAP...

Hari ini, aku berasa sungguh lega kerna tesis ku telah siap dan dihantar. Maafla, lama tak menulis kat blog, terlalu sibuk dan tak dan nk mai tulih..Isnin ni final exam plak..adoi..Semalamnya, pc aku kene virus, word document jadi 'bengong'...tak de page numbers..nk nangis jer..dahla tesis lak tue..tapi, at least ada gak ujian semasa wat tesis..huhuhu..1 bulan dah jadual tidur ku lari..nk kene setting mental balik nie..I-allah, bleh wat exam..Cikgu Panji, doa kat ambo deh..Cikgu Nasir, doa ko mie jgk deh..biar buleh jawab pekso..(Jawab buleh, betul ko dop xtau..huhuhuhu)..

Saturday, March 29, 2008

Sendiri...

Kadangkala, menyendiri itu lebih baik dari bergaul. Aku lebih suka bersendiri. Bebas untuk mlelakukan apa saja. Bukanlah aku tidak suka berkawan, tapi ada masanya aku perlu mencari masa untuk diriku sendiri. Kita sering kali bergaul, keluar bersama kawan, lepak sehingga tiada masa untuk menyelami diri sendiri. Kalau keluar dari pagi, balik lewat malam terus tidur. Jadi, bilakah masanya untuk kita, diri kita sendiri. Kita sentiasa memenuhi kehendak orang lain yang memerlukan khidmat kita, tapi kita jarang berkhidmat untuk diri kita. Aku lebih gemar bersendiri walaupun dikatakan "macam anak dara". Tapi apapun anggapan orang, hanya kita yang tahu dan mengenali diri kita. Dengan menyendiri juga merupakan salah satu cara untuk kita mengenali diri kita. Pehatikanlah apa yang kita suka buat, kalu sesuatu berlaku, apa reaksi kita..Perhatikanlah..

Kadangkala, aku juga merasa terkilan kerana kawan-kawan ku selalu bergembira,keluar bersama, lepak ramai-ramai, namun aku sering tersisih. Adakah aku tidak disukai mereka ataupun aku yang tidak mahu mengikut cara mereka. Bukanlah semuanya begitu, tapi kerap kalilah begitu. Biarlah, setiap itu ada baik buruknya. Tuhan itu tidak pernah menganiyai hambanya,bahkan hambanya sendiri yang menganiyai diri sendiri. Saat-saat akhir aku di UKM ini, aku ingin juga bergaul dengan kawan-kawan ku dengan lebih kerap kerana bilakah lagi peluang semacam ini akan kembali. Belajar di universiti bersama-sama. Tak kenal jadi kenal. Seronok sebenarnya belajar di universiti. Banyak kenangan manis akan terpahat dihati dikala kita bergelar PELAJAR.

I-allah, kita akan habiskan semester ini bersama-sama.
Maafkanlah aku jika ada salah dan silap.

Aku adalah hina,daif,fakir,miskin.....