Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat

Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat

Hadis-Hadis Terpilih

PHOTOGRAPHY

WEDDING PHOTOGRAPHY
EVENTS PHOTOGRAPHY
FAMILY PHOTOGRPAHY
POTRAITS PHOTOGRAPHY
NATURES PHOTOGRAPHY


MOHD NAZMIE
019-9319889
ir_nazmie@yahoo.com

Please visit : http://cikgumiestudio.blogspot.com

How Do You Find My Blog ?

Wednesday, September 17, 2008

Kalau...

Kalau nak mengikut, biar berakal...
Kalau menurut biar pintar...

Tuesday, September 16, 2008

Dari Aku Untuk Aku

Mujahadah ialah permainan kanak-kanak, dan memerhatikan yang Allah ada di mana sahaja adalah perjuangan.

Ucapan sebegini telah beberapa kali disinggung dalam beberapa tulisan di laman engkau. Mungkin telah ramai yang telah dibukakan Allah dalam memahami dan mengamalkannya.
Berkatalah Aku kepada Aku

................Dalam memahaminya, apa yang diharapkan agar engkau menyedari mana satu permainan budak-budak kecil dan mana satu urusan orang-orang tua. Tua-mudanya pula bukan diukur pada umur atau bentuk fizikalnya tetapi bergantung kepada bakat-bakat yang terpendam di A'yan Sabitah.

Yang kanak-kanak, ikutlah jalan kanak-kanak. Dengan cakap wali(penjaga/ibu-bapa)engkau. Yang tua ikutlah caranya sendiri, dengan aqal sempurna yang diberikan. Inilah jalan yang lurus, jalan yang tidak dimurkai, jalan yang tidak disesati

Jalan inilah yang kau lafazkan berulang-ulang kali terutama semasa kamu bersholat. Jalan inilah yang kau minta ditunjukkan, minta dilorongkan, minta dibimbingi, dan minta dibukakan dengan berulang-ulang pada setiap hari. Sungguhpun kau tidak nampak dengan jelas jalan itu; sungguhpun kau tidak berapa faham mengenai jalan tersebut, namun yang pastinya kau telahpun diletakkan atas jalan itu. Telahpun diluluskan jalan yang kau lalui itu. Dari dulu lagi kau bertindak, kau bergerak, kau berusaha, kau bertadbir dengan jalan yang diluluskan dan dikhaskan untuk kau.

Sesungguhnya, Ilmu Yang Qadim itu telah Menentukan dan Menetapkan jalan yang akan kau lalui kini. Mana mungkin kelulusan jalan engkau itu boleh berubah dari telah sedia Qadim itu?. Ianya mempunyai Yang Wajibal Wujud(Yang Pasti Ada) pada satu sisi dan yang mumkin pada sisi yang lain. Jika engkau melalui mana-mana sisi, engkau akan dapati WujudNya Allah. Dan ini adalah kekal dalam kekal dan fana dalam fana.

Hakikat tidak dicipta oleh Yang Menjadikan; Perbuatan Si Pembuat tidak berlawanan dengan "bakat-bakat" yang terpendam itu.

"Kamu dahulunya mati, maka diberiNnya kamu hidup(Al-Baqarah:28).

Yang engkau nak ikutkan sheikh itu, sheikh ini, guru itu, guru ini,......... ikutlah mereka, tetapi jangan kacau pula urusan orang-orang tua. Mereka tidak ada syeikh yang menjadi tempat ikutan, tetapi bahkan sedang berada dalam keadaan jalan mereka. Biarkan mereka dengan urusan mereka; dengan jalan mereka yang tersendiri. .

Budak-budak mana tahu urusan orang tua kerana orang tua jauh fikirannya, banyak perkiraannya dan banyak tanggungjawabnya. Engkau ada jalan yang diuntukkan untukmu tersendiri. Pergilah bermain-main dengan kawan-kawan kau itu. Rasailah keseronokkan permainan itu, tetapi jangan lupa apabila senja nanti, cuci diri dan mandi dengan air itu.
Jangan mandi kerbau tahu!!!.

Kata Aku kepada Aku lagi;

Orang tua kerjanya memerhatikan Allah. Dia yakin yang Allah itu wujud dalam tiap-tiap sesuatu. Dia mengamalkan keyakinan tersebut sehingga dikatakan sebagai satu perjuangan untuk menyatukan tiap-tiap sesuatu yang dipandang. Inilah urusan perjuangan mereka. Inilah amalan mereka. Inilah maksud yang cuba di sampaikan oleh seorang Arif;
Barangsiapa menetapkan adab kepada segala waktu, maka sampailah ia kepada Maqam Al-Rijal;

Maqam lelaki yang sebenar-benarnya yakni keadaan orang -orang tua yang berjalan ikut jalannya yang lurus. Dengan menetapkan tiap-tiap sesuatu yang banyak itu menjadi satu dalam waktu itu. Menetapkan Waktu Titik itu, Waktu Tulisan itu dan Waktu Lautan Dakwat itu, semasa A'yan Saabitah dan semasa A'yan Khorijah dalam waktu yang sama, serentak dan pada satu masa jua. Inilah perjuangan, inilah kesempurnaan adab orang-orang tua yang ingin Menyatukan yang banyak menjadi Satu dan melihat Yang Satu itu hal keadaanNya banyak yang tidak terjangkau.

Abu Yazid pernah berkata;

Aku sampai pada Allah dengan dua langkah. Satu kaki atas nafsu(diriku) sendiri, dan satu lagi di lorong yang Dicintai.

Kebanyakan orang berkata ini bererti berlawanan dengan nafsu dan mujahadah???????

Sebenarnya......., satu kaki itu dalam Manifestasi(Tajali) dan yang lagi satu itu dalam wujud keakuan diri. Satu dalam memahami diri dan yang lagi satu dalam memahami Allah. (Siapa yang kenal dirinya, kenallah pada TuhanNya).

Itulah jalan orang-orang tua. Yang engkau nak sibukkan diri dengan permainan kamu itu, sibuklah kerana itu adalah jalan buat kamu, tetapi jangan dikacau dan diganggu urusan orang tua dengan halnya sendiri. Jangan dikata mereka nyanyuk, mereka tidak understanding, tidak proaktif, ketinggalan zaman atau apa-apa perkataan yang kurang beradab untuk mereka hanya dengan kerana mereka tidak mahu ikut bermain-main dengan kau atau hanya kerana kau tidak memahami urusan mereka. Mereka tak pernah menganggu keseronokan engkau, malah kadang-kadang tumpang seronok dengan gelagat kau. Pergi main jauh-jauh, dan jangan diganggu diri mereka itu.

Berkata pula yang lain bagiku; "Hai anakku...jadikan akan amalmu garam dan adabmu tepung."
Si A ada garamnya sendiri dengan guru ghaibnya. Si B ada garamnya sendiri dengan ilmu diri bapak bagindo mukhtarnya, dan si C ada garamnya sendiri dengan inkisyarnya. Si D ada garamnya sendiri dengan Masyayeikhnya. Demikian jua dengan Si E, Si F dan yang lain-lainnya. Sikit sahaja sudah cukup kerana tepung yang adapun tidaklah banyak sangat untuk dibuat kuih..

Alahai, betapa bodohnya aku, betapa bebalnya aku, betapa bengongnya aku, betapa bangapnya kerana menilik-nilik dan berbimbang untuk membanyakkan garam sehingga melupakan sesuatu yang perlu diperbanyakkan. Terkejar-kejar ke sana ke mari, ke hulu ke hilir, ke bukit ke bandar mencari dan melonggokan garam sehingga lupa pada MENGISAR TEPUNG yang perlu diadun menjadikan sesuatu yang mengenyangkan.

Oooooo. begitu.........Patutlah di dalam satu majlis kenduri dulu, seorang tua yang kenyang berisi pernah berkata kepada kawan-kawan yang makan sehidangan dengannya;

Tidak ada wujud melainkan Allah. "Dia" Allah terzhohir dalam bentuk "Aku".

Oleh itu memahami "Aku" sendiri adalah memahami "Dia" Allah. Yang Mengetahui dan Yang Diketahui - "Araftu Rabbi birabbi" - Aku kenal Allah dengan Allah.

Disampuk pula oleh yang lainnya;

yang mana mengikut beliau membawa pengertian; "Dan Dialah dalam diri kamu dan kamu tidak nampak Dia"(Az-Zaariyat:21)

Dan mencelah pula seorang yang lain dengan katanya;

Memahami atau mengetahui Allah lebih dulu dari mengetahui diri sendiri.

Dan sebelum beredar mereka sama-sama tersenyum sambil berkata;

Lupa akan Allah adalah lupa akan diri sendiri.
Lupa datang kemudian daripada tahu.


Jika kita nak bergaul dengan orang mabuk, kita kenalah mabuk juga. Jika tidak, kita tak akan faham apa yang di cakapkan oleh si mabuk itu.

Wallahu'alam...

Sunday, September 14, 2008

Malam 15..

Kini telah malam ke 15 kita bertarawih. Alhamdulillah, kita pohon supaya sempurna hendaknya tarawih kita itu di samping kita berbicara soal sah atau batalnya. Malam ini juga bermulalah qunut bagi witir. Buatlah sekadar kemampuan kita. Nabi bersabda yang bermaksud buatlah amal sekadar dengan kemampuan mu. Walaupun sedikit, namun itu lebih utama jika kita maintain atau istiqomah berbanding terkejar-kejar untuk menunaikan yang lebih banyak tetapi sia-sia sahaja.

Buatlah cara kita, tak perlu kisah orang punya. Kita cara kita,dia cara dia. Hanya kita tahu akan amal kita sehingga kita berasa tiada amal yang kita lakukan,itulah yang utama. Namun segalanya bermula dengan ilmu, tauhid, feqah dan tasauf.

Mula-mula kita berbicara tentang Tauhid,Islam atau kafir. Kemudian tentang feqah, sah atau tidak dan akhirnya tasauf, sempurna atau tidak. Ketiganya penting dalam menuju kesempurnaan amal dan sehingga berasa tiada amal, tiada haram halal, tiada dosa pahala dan sehingga tidak penting lagi syurga atau neraka.

Dan ketiga-tiga ini diakhiri dengan KEIKHLASAN.

Wallahua'lam.

Ini hanyalah nukilan biasa, bertanyalah kepada yang arif.

Aku.Aku.Aku.Aku

Aku teringat title blog Tok Guru ku yang mengatakan.."Tanya Mengapa Aku". Sebelum ini aku pernah menanyakan persoalan yang sama kepada diriku dan kini telah di kuatkan lagi oleh nukilan Tok Guru ku itu. Mungkin juga kebetulan but there are no accidents!!

Persoalannya kini ialah siapa Aku??

Aku..Aku..Aku..Aku..

SAHABAT YANG BERKATA 'AKU'

Seorang hamba Allah pergi ke rumah sahabat lalu mengetuk pintu. Rakannya berkata; "Siapa di luar sana?" Dia menjawab; "Aku".

Lalu berkatalah sahabatnya, "Pergi kau dari sini!!!!!!!. Di tempatku ini tidak ada ruang bagi mereka yang masih mentah(dalam bidang Tauhid, Mengenal Diri dan Mengenal Allah).
Hamba Allah itu pun pergi dari situ dengan hati yang duka.

Setahun kemudian dia datang lagi. Beliau mengetuk pintu rumah sahabatnya dengan hati yang berdebar-debar.

"Siapa itu?" kata sahabatnya.

Dia menjawab dengan berhati-hati sekali. "Engkau, wahai tuan yang mengenal diri!" kata hamba Allah itu.

Sahut rakannya,

"Oleh kerana engkau sekarang aku, masuklah; tidak ada tempat bagi dua "AKU" di rumah ini. Hujung dua benang tidak dapat masuk dalam satu lubang jarum. Oleh kerana engkau SATU, masuklah ke lubang jarum itu".

Intaha Jalaluddin Rumi

Di rumah ini hanya ada Aku. Hanya Aku sahaja yang boleh dimasuki. Cuma Aku sahaja yang diktibarkan; cuma Aku sahaja yang dimaklumkan. Tidak ada Aku melainkan Aku. Demikian jua, Tidak ada Engkau Melainkan Engkau. Di dalam rumah Keesaan ini tidak ada ruang untuk berbilang-bilang sebagaimana yang anda sangkakan. Di sini Aku hanya sedar akan wujudnya Aku sahaja. Aku hanya sembah Yang Esa itu. Aku bukannya penyembah bentuk kerana kepada penyembah bentuk, mereka sentiasa nampak dua.

Keluarlah dari bidang kesedaran bentuk kerana apabila anda keluar dari bidang kesedaran bentuk, anda akan nampak Satu. Sementara anda lihat bentuk sahaja, anda nampak dua. Janganlah tengok mata, tengoklah sinaran dari mata itu.

Fahamilah.........dalam bidang keruhanian, tidak ada pemisahan, tidak ada bilangan, tidak ada individu. Alangkah seronoknya kesatuan sahabat dengan SahabatNya. Tangkaplah keruhanian itu dan peluklah ia. Hancurkan segala bentuk hingga binasa. Galilah harta yang bernama Keesaan itu.


Bagaimanakah yang sedang bermain-main bisa memahami ini?
Bagaimanakah penyembah-penyembah bentuk akan menyedari ini?

"Ana Ahmad bilal Mim"; di mana "mim" dalam Ahmad adalah punca pertentangan atau Manifestasi yang bertentangan dalam alam; iaitu;

Dalam ketenangan laut Ahdiyah satu buih(Wahdah) timbul dan daripadanya banyak terzhohir (Wahdiyah), yang menjadi punca sifat-sifat yang bertentangan.
Berkenaan buih ini, seorang Aulia pernah berpesan;

Apabila laut telah melemparkan buih itu ke pantai, katakanlah kepadanya;
"Di manakah kekuatan anda sekarang?"

Dengarkanlah mereka menjawab;
"Tanyalah pada laut, jangan tanya pada kami!"

Thursday, September 11, 2008

Puasa,Puasa,Puasa

Sudah 11 hari kita berpuasa. Pada bulan ini, ramai yang mengatakan belanja "parok" @ belanja lebih. Ada yang tidak ada ape2( mugo mak bapak tanggung), ada yang sihat,ada yang tidak sihat, macam-macam lah. Itulah keistimewaan bulan puasa. Datangnya Ramadhan memberi rezeki kepada peniaga-peniaga. alhamdulillah, semuanya ada kelebihan. tetapi, adakah Ramadhan untuk berbelanja dan berniaga semata2.

Para guru-guru tua terlalu gembira bila tibanya Ramadhan dan sangat bersedih bila ianya akan pulang. Namun bagi orang seperti kita, bila masuk je Ramadhan, bertanya " Nak Makan Apa Buka Puasa", "Puasa dah?", Lambatnya Puasa" dan "Yes, dah nak raya". Jika di renungkan, di manakah kita??Para Arif Billah inginkan selamanya berpuasa dan memohon kepada Allah supaya bulan-bulan lain pun dijadikan seperti bulan Ramadhan. Masyaallah.

Uamat Muhammad merupakan umat yang paling istimewa. Umat Baginda juga tergolong dalam golongan yang pendek umurnya iaitu dalam lingkungan 60-70 tahun berbanding dengan umat2 terdahulu yang beratus-ratus tahun. Mampukah kita menandingi amal2 yang di lakukan oleh umat2 dahulu??Jauh panggang dari api.

Namun,kasihnya Allah kepada Rasul sehingga mengurniakan kepada umat Baginda satu kelebihan yang lebih baik dari seribu bulan iaitu Malam Lailatulqadar. Sudah jelas kepada kita bahawa kita umat yang teristimewa jika kita pandai mengambil peluang yang di beri oleh Allah untuk menandingi mereka yang terdahulu.

Samalah kita mencari agar kita perolehinya.

Kelebihan - Kelebihan Solat Sunat Terawih Mengikut Malam.

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang menge
rjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.