Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat

Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat

Hadis-Hadis Terpilih

PHOTOGRAPHY

WEDDING PHOTOGRAPHY
EVENTS PHOTOGRAPHY
FAMILY PHOTOGRPAHY
POTRAITS PHOTOGRAPHY
NATURES PHOTOGRAPHY


MOHD NAZMIE
019-9319889
ir_nazmie@yahoo.com

Please visit : http://cikgumiestudio.blogspot.com

How Do You Find My Blog ?

Friday, April 18, 2008

THESIS KU SIAP...

Hari ini, aku berasa sungguh lega kerna tesis ku telah siap dan dihantar. Maafla, lama tak menulis kat blog, terlalu sibuk dan tak dan nk mai tulih..Isnin ni final exam plak..adoi..Semalamnya, pc aku kene virus, word document jadi 'bengong'...tak de page numbers..nk nangis jer..dahla tesis lak tue..tapi, at least ada gak ujian semasa wat tesis..huhuhu..1 bulan dah jadual tidur ku lari..nk kene setting mental balik nie..I-allah, bleh wat exam..Cikgu Panji, doa kat ambo deh..Cikgu Nasir, doa ko mie jgk deh..biar buleh jawab pekso..(Jawab buleh, betul ko dop xtau..huhuhuhu)..

Saturday, March 29, 2008

Sendiri...

Kadangkala, menyendiri itu lebih baik dari bergaul. Aku lebih suka bersendiri. Bebas untuk mlelakukan apa saja. Bukanlah aku tidak suka berkawan, tapi ada masanya aku perlu mencari masa untuk diriku sendiri. Kita sering kali bergaul, keluar bersama kawan, lepak sehingga tiada masa untuk menyelami diri sendiri. Kalau keluar dari pagi, balik lewat malam terus tidur. Jadi, bilakah masanya untuk kita, diri kita sendiri. Kita sentiasa memenuhi kehendak orang lain yang memerlukan khidmat kita, tapi kita jarang berkhidmat untuk diri kita. Aku lebih gemar bersendiri walaupun dikatakan "macam anak dara". Tapi apapun anggapan orang, hanya kita yang tahu dan mengenali diri kita. Dengan menyendiri juga merupakan salah satu cara untuk kita mengenali diri kita. Pehatikanlah apa yang kita suka buat, kalu sesuatu berlaku, apa reaksi kita..Perhatikanlah..

Kadangkala, aku juga merasa terkilan kerana kawan-kawan ku selalu bergembira,keluar bersama, lepak ramai-ramai, namun aku sering tersisih. Adakah aku tidak disukai mereka ataupun aku yang tidak mahu mengikut cara mereka. Bukanlah semuanya begitu, tapi kerap kalilah begitu. Biarlah, setiap itu ada baik buruknya. Tuhan itu tidak pernah menganiyai hambanya,bahkan hambanya sendiri yang menganiyai diri sendiri. Saat-saat akhir aku di UKM ini, aku ingin juga bergaul dengan kawan-kawan ku dengan lebih kerap kerana bilakah lagi peluang semacam ini akan kembali. Belajar di universiti bersama-sama. Tak kenal jadi kenal. Seronok sebenarnya belajar di universiti. Banyak kenangan manis akan terpahat dihati dikala kita bergelar PELAJAR.

I-allah, kita akan habiskan semester ini bersama-sama.
Maafkanlah aku jika ada salah dan silap.

Aku adalah hina,daif,fakir,miskin.....

Friday, March 28, 2008

Ada Masanya...

Ada Masanya, Aku Suka Berteman
Ada Masanya, Aku Suka Bersendiri
Ada Masanya, Aku Suka Berjalan
Ada Masanya, Aku Suka Berehat
Ada Masanya, Aku Suka Apa Yang Kau Suka...


Beginilah hidupku..

Monday, March 24, 2008

Pak Ngah Mai KL
















Kelmarin, aku sungguh teruja dan gembira kerana dapat berjumpa 'Tok Guru' ku, Pak Ngah Izhar dari Batu Kurau. Pak Ngah datang bersama2 seorang lagi Tok Guru ku iaitu Ust Khalid. Al-kisahnya, pada malam ahad tu, aku teringat kat Ust Hkalid, lalu aku sms la bertanyakan khabar..lalu ust balas yang dia on the way to KL. Aku tanya la ada apa, ust kata ada program silat kat Pasar Borong Selayang.Dekat jela dgn rumah Mak Sedara aku di Taman melati,Gombak. Tapi time tu aku still di Bangi,UKM. Aku tertanya, 'Pak Ngah mai tak?'...Ust kata,ada. Aku yang seminggu demam tak boleh bangun tetiba jer rasa sihat..so, aku mengambil keputusan untuk pergi ke Selayang untuk bertemu dgn Pak Ngah. W'pun penat,ku gagahkan jua..sepanjang hari aku tergelak je dengan lawak2 Pak Ngah.Kelakar orangnya.Aku sungguh gembira, hanya Dia sahaja yang tahu kegembiraanku. sebelum berpisah,aku sempat memeluk Pak Ngah tanda sayangku padanya.I-allah, kami akan bertemu lagi.Pak Ngah berpesan, kalu dah kerja besar nanti, jgn lupakan dia.Dia dah tua.Aku berjanji dengan diriku yang aku tak akan melupakan semua Tok Guru ku, Pak Ngah, Cikgu Nasir, Cikgu Muzairi, Abe Lan dan semua, walaupun aku bergelar CEO suatu hari nanti..Kerna, dengan merekalah aku mengenal diriku..

Thursday, March 13, 2008

Wayang Kulit Live ( 3 Feb 2008 )

i





















































Aku & Joe Wings


Mandi Minyak 7 Feb 2008