Alta La Vista....
Hari terakhir ku...
"Dalam Aku Ada Dia"
Seminggu Lagi...Pada Mu Jua..Tertuju Segala Jalan...
Posted by Sang Pencinta at 10:20 AM 0 comments
Hari ini, masuk bilik bos.
Alhamdulillah.Selesai, bagi aku.bagi orang lain aku xtau..
Yang mengatur perjumapaan aku itu, tidak hadir pun semasa aku dan prof aku berbincang dengan bos. Kalu betul aku salah, mari bersemuka..
Bagi tahu aku apa yang engkau tak puas hati..Kerna aku juga ada tak puas hati dengan engkau.
Kalu engkau tak cari aku,,,,Aku akan cari engkau....
Siapkan perahu engkau sebelum bah..
Posted by Sang Pencinta at 12:48 PM 0 comments
Patutkah seorang yang baru bertatih belajar 'mengenal' atau menadah 'kitab' boleh menegur gurunya sehingga guru tersebut kecil hati dan berduka sangat2?
Dan bolehkah guru tadi pula sumpah seranah sehingga menyatakan 'celaka' kepada murid tersebut pabila murid tersebut meminta maaf kepadanya?
Posted by Sang Pencinta at 10:06 AM 0 comments
Betulkah perjalanan yang kita lalu ini?
Pernah sesiapa memberitahu kita yang jalan kita lalui ini benar?
Posted by Sang Pencinta at 8:55 AM 0 comments
Pejam celik pejam celik, tinggal 2 minggu lagi aku di sekolah ni. Sekolah yang penuh dengan konspirasi, misteri dan tak mahu berevolusi. Pelbagai karenah dan ragam manusia yang bergelar 'guru' atau 'ustaz' atau 'ustazah' dapat aku lihat.
ADA YANG MULUT TEMPAYAN
ADA YANG MULUT JAHAT
ADA YANG MULUT MURAI
ADA YANG MULUTNYA TAK LEKANG DARI MEMBUAT FITNAH DAN TOHMAHAN
ADA YANG MULUT SUKA MELAGA-LAGAKAN ORANG
ADA YANG KAKI BODEK BERPANGKAT PENGAPU
ADA YANG SUKA MAKI HAMUN SERTA MENCERCA ORAN
ADA YANG GEMAR SEHINGGAKAN MENJADI SATU TUGAS UTAMA MENJAGA 'DALAM KAIN ORANG'
ADA YANG DIAM TAPI 'MAKAN DALAM'
Pendek kata, macam-macam manusia aku temui. Segalanya merupakan ilmu dan pengalaman yang harus aku timba untuk aku tempuhi lebih kurang 34 tahun lagi sebagai Guru. Tuhan tu Esa, tidak berbilang-bilang. Akan ada hari untuk 'gian' kita pula. Dia kan cukup terkenal dengan keadilanNya.
Biarlah oprang nak buat apa pun, janji aku selesaikan tugas aku, rph aku dan segala yang bersangkut paut dengan aku.
Posted by Sang Pencinta at 9:23 AM 0 comments
Labels: Kube...Kube...
powered by web designer guide. |